Sesungguhnya terlalu banyak perbezaan mereka yang mencari kebenaran dengan orang yang mencari perbalahan.
Dan banyak juga beza mereka yang berilmu pengetahuan dan sekadar berpandukan perasaan.
Masalah besar meletus dalam diri orang yang meletakkan ego sebagai pertahanan paling hadapan sedang rational akal terperosok di belakang, ketika dia berdebat dengan orang yang berpegang kepada kebenaran bukan ketaksuban.
Ikhlas itu terasa seperti kualiti yang 'limited edition' pula.
Sukar ditemui.
Apalagi dicari.
Hanya ada pada sesetengah orang sahaja. Mungkin.
Rasulullah tak pernah ajar cari salah orang lain.
Janganlah dicari kebenaran pada jemaah. Kebenaran itu berdiri sendiri. Kebenaran tidak memerlukan jemaah dan ulama untuk dibuktikan. Kebenaran hanya memerlukan akal yang tulus mencarinya (kalau bab cinta senang je cakap mencari cinta la... cinta dicari la...)
Kebenaran juga tak kisah dibenci.
Perkara yang ternyata salah tak dapat dibenarkan.
Arak tak dapat disucikan, meski dicampur air zam-zam. Sama la dengan riba'. Tidak pernah dengar ada riba' yang Islamik pun.
Tapi tiba-tiba ada pulak demokrasi Islam. Aduh. Dalam sirah pun tak ada demokrasi Islam. Terlampau moden barangkali dunia hari ini sampai boleh invented sistem yang sebegitu. (Sarcastic. Membayangkan betapa Muslim hari ini menendang sistem yang lair daripada Islam, mengambil sistem daripada akidah lain untuk 'di-Islamkan')
0 Throw your words, write good:
Post a Comment