Assalamualaikum
Saya ditanam dengan kefahaman 'couple itu haram' sejak muda
Tetapi bukan disebabkan nilai takwa kepada Allah
Tetapi disebabkan oleh manfaat
Macam-macam nilai manfaat yang disemai oleh majalah-majalah dan novel-novel (auww)
(Masa saya sekolah saya tak reti lagi main Facebook nih)
Kalau couple tak 'special'
Kalau couple habis duit buat beli hadiah la
Malu gila bila teringat balik kena buat public speaking kat assembly sekolah
Dan tajuk yang saya pilih masa tu ialah: kenapa couple tu tidak dibolehkan?
(Nak lari sembunyi bawah katil dengan Meto)
Saya teguh dengan prinsip 'tak nak couple'
Sampai saya pernah fikir yang ber-couple ni akan menjatuhkan harga diri saya
Maaf sangat kepada orang lain
Itu pemikiran saya semasa budak-budak
Dan disebabkan abah pun marah kalau main couple-couple ni
Saya pun tak berani la nak ada couple
Tapi masa tu kakak dan abang pun ada couple masing-masing
Pada hakikatnya
Kita tak boleh wujudkan percintaan lelaki-perempuan luar pernikahan ni disebabkan oleh larangan Allah
Allah dah bagitahu, jangan menghampiri zina
Hidup seorang Muslim adalah untuk meraih keredhaan Allah
Untuk meraih keredhaan Allah tu adalah dengan buat suruhan Allah dan tinggalkan laranganNya
Tinggalkanlah sesuatu yang haram itu disebabkan larangan Allah
Bukan manfaat yang akan anda dapat
Tak dinafikan seringkali banyak hikmah yang akan kita dapat dengan meninggalkan larangan Allah
Adakalanya sesuatu yang disuruh atau dilarang itu kita tak pernah nampak pun hikmahnya
Jadi pada masa itu hanya takwa kepada Allah yang akan mengikat kita dengan teguh kepada Allah
Bukan tak pernah saya goyah dengan prinsip tak nak couple
Bila datang rasa minat kat orang ni, prinsip yang dipegang mulai merapuh
Tidak ada takwa yang memegang jiwa
Takwa tidak ada untuk melarang diri yang dikuasai perasaan daripada membuat dosa
Alhamdulillah
Allah made the person not even dare to tell me the truth
Tengok-tengok je dari jauh
So kitorang tak couple
Alhamdulillah, saya pun sedar yang saya sebenarnya selalu je buat gaya kayu dan tak ada perasaan
Macam pokok ru keras walau angin kuat
Menjadikan orang itu tidak yakin hahaha
0 Throw your words, write good:
Post a Comment