Assalamualaikum.
Okey sebelum tu nak cerita tadi ada sekumpulan orang arab nak serang kitorang. (Kitorang tu ialah saya, Sister Ainul and her husband Brother Azrul, my friend Acap and Hayat).
Depan bangunan Malaysian Hall kat sini haa... canggih tak canggih venue dia pilih nak serang orang.
Sampai angkat batu yang lebih besar dari tangan dia sendiri mahu baling kot.
Hanya Allah sebaik-baik pelindung. Kejadian itu mengingatkan saya supaya jangan keluar sorang-sorang pada waktu malam. Kena ada musyrif. (Tapi saya malas mahu pakai musyrif sebab kredit selalu tak ada nak call musyrif dan malas nak susahkan orang lelaki)
Cerita utama. Orang muda dan darah panasnya.
Saya pun masih muda, dan saya akan naik panas kalau berbicara bab sistem pemerintahan zaman sekarang ni.
Dan kawan-kawan saya juga.
Yang membezakan adalah pembawakan ketika berbicara tu adalah pembawakan emosi atau intelektual.
Ada orang yang terlalu taksub dengan jemaah/perjuangannya tanpa tahu garis panduan dan apa sebenarnya yang dia kena bawa. Sampai auta pun jadi fakta. Kesungguhannya berkayu-apikan semangat berkobar semata-mata tanpa input ilmiah.
Saya bersyukur kerana rupanya ada orang muda yang berdebat dengan saya/kami secara ilmiah, dengan niat untuk mencari kebenaran.
Ramai antara kami yang diketuk dengan kebenaran ni sewaktu perdebatan. Ada yang datang menyerang syabab dengan niat untuk membuktikan kesalahan perjuangan mereka, tetapi ditakdirkan Allah kebenaran itu datang mengetuk pintu hati.
Sebab itu saya selalu kata, dan sisters lain pun selalu ingatkan, ada beza yang amat ketara bagi mereka yang mencari jemaah dan pengaruh dalam jemaah berbanding orang yang mencari kebenaran.
Tidak dinafikan hari ini keadaan politik dunia amat memeningkan kepala. Semua orang yang masih ada hati untuk peduli pasti terasa peningnya dealing dengan politik hari ini. Setiap pihak memperjuangkan masalahat umat. Setiap pihak membantai pihak lawan, mencari salah masing-masing.
Percayalah, untuk kita tahu siapa yang benar bukan bersandar pada parti politik. Sebaliknya ia bersandar kepada kebenaran itu sendiri. Seperti yang saya selalu diingatkan, kebenaran itu berdiri sendiri sebab Allah dah ciptakan ia benar dan kuat walaupun majoriti tidak menyokong.
Islam itu tersebar dengan proses intelektual, pemikiran bukan emosi.
Masyarakat hari ini dipegang oleh emosi semata kebanyakannya.
Emosi memainkan peranan tapi ia bukan nakhoda. Orang muda selalu dijangkiti oleh perjuangan berbentuk emosi (saya juga pernah) dan berjuang atas dasar emosi, tanpa ada bukti ilmiah. Sedangkan yang berdiri teguh itu adalah ilmu.
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment