Thursday, April 11, 2013

Hati Busuk Hati Wangi

Assalamualaikum.

Hai. Hari ini mendengar lagi cerita orang yang ada masalah dengan orang yang banyak masalah dengan orang lain.

Ayat senang: Kawan-kawan saya yang ada masalah dengan orang hati busuk.

Ada yang sampai nak hantar 'benda-benda' la... yang nak intip aktiviti harian la... yang asyik tak kena la... ada je la salah dia.

Well, walaupun saya belum lagi berusia 21 tahun dan ke atas (usah cakap pasal mengundi dalam PRU pada diri ini, kalau undi dan bai'at khalifah pasti berkobar-kobar saya mengundi) saya juga menghadapi situasi orang yang hatinya ada masalah ni.

Bukan hepatitis atau cirrhosis atau cholangitis.

Yang hati busuk, ada je yang tak kena tentang diri kita pada mata dia.

Pada mata dia. Maksudnya pada pemikiran dia.

Kita tidak bertanggungjawab atas pemikiran orang lain terhadap diri kita.

Kita hanya bertanggungjawab atas diri kita dalam memberikan impression yang terbaik sesuai dengan diri kita yang sebenar.

Dalam menunjukkan impression paling baik kepada orang, kita kena ikut garis panduan yang Allah tetapkan, yang Rasulullah dah ajar. Kena beradab, jangan mengumpat dan sebagainya.

Kadang-kadang sudah penat kita menjaga hati orang, penat sudah kita berbudi bahasa tapi dia itu tetap perasaan dan impression negatif terhadap kita ini.

Kata orang buat baik berpada-pada.

Buat baik sahajalah kepada dia walaupun dia nak memusuhi kita.

Sebabnya...

...buat jahat jangan sekali

Dan ada sebab lain...

Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perlakuan kita di akhirat.

Jadi kalau kita buat jahat untuk membalas dendam kepada orang itu, kita akan memikul dosa perbuatan jahat itu dan mesti kena kira di akhirat nanti. Perbuatan jahat seseorang kepada kita takkan dapat menghapuskan dosa kita, tahu?

Ada yang selalu bertanya kenapa...
Saya dah penat buat baik kat dia tu, tapi kenapa la dia terlalu buta untuk menghargai kebaikan saya pada dia? Dah la tak menghargai, dia terus sebar cerita buruk pasal saya la, fitnah la mengumpat la...
Firstly, kita buat baik kepada manusia yang busuk hati dengan kita bukan sebab nak dia mengubah persepsi buruk dia terhadap kita. Kita tak boleh ubah pemikiran orang, dan kebanyakan manusia tak sedar pun tentang pemikiran masing-masing. Yang boleh mengubah pemikiran itu hanyalah Allah. Jadi buatlah baik kepada orang lain atas dasar, Allah akan membalas balik kebaikan kita di akhirat.

Jadi bila kita buat baik, dia tetap buta hati nak menghargai kebaikan kita maka tak perlu risau. Maknanya dalam kepala dan hati dia ada virus yang membutakan hatinya. Bukan masalah kita, masalah dia.

kita tak punya kuasa mengubah hati orang

Secondly, dia nak memburukkan kita... setiap tindakan kita adalah hasil daripada pemikiran kita. Otak kita yang keluarkan arahan untuk mengarahkan mulut bercakap. Jadi kalau mulut dia sibuk bercakap benda buruk tentang kita maka itu asalnya daripada masalah otak yang dia hidap.

Saya selalu berharap anda yang membaca entri ini akan menjadi bahagia dan diberi kefahaman Islam oleh Allah.
 
 
 

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment