Assalamualaikum.
Kalau Mat Luthfi buat Esperance Trip tengah cuti Easter, saya buat Cairo Trip di hujung minggu. Walau hanya dua hari.
It is not an ordinary trip.
First time travel with Kak Nana and brothers yang jaga kebajikan kami berdua yang perempuan.
Terasa lebih seronok travel dengan lelaki. Bukan berdua-duaan tahu. Masih dalam batas syarak. Saya hanya bertemankan Kak Nana, kalau nak cakap apa-apa hanya dia yang akan mendengar, dan hanya saya yang akan membalas suara dia.
Berjumpa dengan sister lagi sorang.
Pertama kali dalam hidup, ketika berusia 20 tahun merasakan sisterhood (nak cakap brotherhood pelik sangat untuk perempuan) yang tak dibatasi dengan warna kulit, bahasa, national border (oh aku benci nama ini), bangsa dan umur.
Dia sudah berkeluaga bertahun-tahun yang lepas ketika saya masih kanak-kanak, dan sudah mempunyai anak. My age is about half of hers.
Tapi alhamdulillah dengan ikatan aqidah ni, baru faham apa maksudnya ukhuwah yang selama ini tidak pernah saya fahami.
Rumah Mursi
Kami sempat pergi lalu depan rumah Presiden Republik Mesir ini. Tentera setia berjaga di depan rumah. Dan ada kereta kebal pun.
Cukup. Itu sahaja observation saya. Kemudian perhatian beralih terhadap anak kecil yang meminta dilayan menyanyikan lagu Barney.
Perbualan Panjang
Sungguh seronok mendengar 'ceramah' seorang brother dalam kereta. Rasa macam mendengar 'ceramah' abah dalam kereta.
Islam sudah pun menyediakan solution kepada masalah-masalah yang wujud sebelum masalah itu wujud.
Berbeza dengan sistem lain yang hanya menyediakan solution selepas masalah dikenalpasti.
Boikot tidak akan selesaikan masalah Palestin, tidak akan membantu mereka pun.
Sebab Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Tapi hari ini, riba telah menjadi halal dek fatwa sebahagian ulama, dan urusan jual beli pula yang diharamkan kerana cerita boikot ni.
Demikian 2 points dalam kereta, ketika dalam perjalanan balik semalam.
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment