Seperti mana yang dha banyak kali saya post dalam blog ini, demokrasi berasal daripada akidah pemisahan agama dari kehidupan dan negara.
Pada mulanya orang gereja yang mendakwa diri mereka wakil Tuhan telah membuli rakyat di Eropah pada waktu tu. Rakyat ditindas dan tak dapat nak melawan sebab orang gereja kata diorang wakil Tuhan.
Para pemikir dan rakyat bersatu untuk menentang orang gereja ni.
Jadi mereka bangkit dengan satu kesimpulan baru untuk menidakkan penindasan terhadap mereka dek bangsawan gereja ni iaitu:
Agama mesti dipisahkan dari kehidupan.Mereka tidak menafikan kewujudan agama, tetapi mereka menafikan keterlibatan agama dalam kehidupan.
Dan menjurus kepada pemisahan agama dari negara (pemerintahan).
1. Asas demokrasi yang menjadikan kedaulatan milik rakyat.
Dalam demokrasi, hak membuat hukum berada dalam tangan manusia.
Jadi manusia la yang menetapkan halal dan haram sesuka hatinya.
Sebagaimana yang kita boleh lihat, di Barat kalau berzina itu sudah tidak salah lagi. Beranak luar nikah tidak berdosa.
Sedangkan dalam Islam, manusia dilarang membuat hukum.
"Sesungguhnya menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." Al-An'am:57
2. Pemimpin yang dilantik boleh memilih untuk membuat hukum berasaskan Islam atau tidak.
Pilihanraya bukan milik demokrasi. Pilihanraya untuk memilih pemimpin dibolehkan.
Tapi dalam demokrasi, wakil rakyat yang dipilih yang melaksanakan demokrasi. Aktiviti utama wakil-wakil rakyat ni adalah: memuhasabah dan membuat undang-undang.
Manusai tak boleh buat undang-undang. Walau logik dan adil pun undang-undang yang manusia buat, tetap tak boleh dijalankan sebab Allah dah wajibkan kita melaksanakan undang-undang yang ditetapkan.
Tidak logik, sangat tidak logik hukum Allah boleh ditolak tepi, atau disepak tendang dalam Parlimen, sama ada untuk dilaksanakan atau tidak. Sedangkan Allah dah wajibkan semua hukum-hukumNya dilaksanakan.
3 Throw your words, write good:
Demokrasi brasal dr dunia Islam sendiri..diciplak oleh barat..jd, demokrasi juga adalah salah satu cara menentukan pemimpin..mohon kaji pelantikan Saidina Abu Bakar r.a sbg khalifah :) cume yg salah apabila rakyat yg jahil melantik pemimpin yg zalim..wallahu a'lam
sorry, boleh terangkan mcm mana demokrasi boleh berasal drp Islam? demokrasi tidak membawa maksud memilih pemimpin. demokrasi adalah pemerintahan dari rakyat utk rakyat di mana hukum-hakam diubah oleh tgn2 manusia yg mengikut akalnya yg terbatas dan hawa nafsunya.
hukum memilih pemimpin adalah harus. itu kuasa rakyat.
yg haram adalah demokrasi kerana hukum-hakam ditetapkan oleh manusia. hny Allah sahaja yg berhak menetapkan hukum.
Demokrasi menawarkan komponent2 ideologi sosialis,communist,fascist,liberal,nationalisme,dll..munculnya ideologi tersebut ialah asalnya dari golongan atheist. Matlamatnya adalah utk menidakkan pengaruh agama dalam kehidupan manusia dlm apa cara sekalipun.wujudnya demokrasi adlah sebagai tawaran cara hidup selain yang disuruh agama.
Post a Comment