Pada satu hari, saya bercakap dengan seorang kakak.
Yang akak faham, HT ni bekerja untuk mencapai kemenangan Islam melalui jalan perang.Mak aihh best gila pulak main perang-perang ni. (Dah saya minat cerita action perang-perang ni, ingat jadi sniper tak style ke?)
Tapi tak pernah lagi saya ditunjukkan dengan bukti bahawa Hizbut Tahrir menjadi dalang atau terlibat dalam mana-mana perang. Taliban pernah la saya dengar. HT belum lagi.
Dan sepanjuang tempoh belajar saya tak ada lagi dikenalkan dengan mana-mana cikgu menembak, atau cikgu strategi, atau cikgu bom. Pengajar saya pun tak reti handle M16. Usahkan nak pergi berperang, kucing pun diorang takut. Macam mana nak perang?
Kalau ya kitorang cakap pasal bom, bom kentut ada la. Cakap tengah-tengah minum petang. Main-main.
Saya pun tanya la...
Akak dengar daripada mana HT guna cara peperangan untuk establish Islam?Dia pun jawab...
(terdiam seketika sebelum mengakui) Akak ikut kefahaman akak sendiri je.Lalu saya kata
Akak kalau kita tak tahu, kita kena tanya kepada yang tahu.Geram jugak aku macam ni. Tak de la, bila bab lain pandai je cakap kena rujuk ulama' la, rujuk orang yang arif la, tak boleh buat andaian sendiri la... eh eh tang cara perjuangan HT boleh pulak kau pakai kefahaman kau sendiri?
Dan lebih malang lagi 'kefahaman sendiri' tu disebarkan kepada orang lain... jadi la fitnah.
Kan dah jadi dosa yang lagi besar daripada membunuh tu...
Dalam surah Hujurat ayat 6 Allah kata kalau sampai berita daripada orang fasik, hendaklah kita siasat dulu. Siapa je yang tak fasik sekarang ni?
0 Throw your words, write good:
Post a Comment