Friday, May 24, 2013

Cerita: Thariqah Tergopoh-gapah dan Tolak Ulama

Assalamualaikum.

Hairan. Macam mana orang boleh cakap thariqah HT merupakan jalan yang tergesa-gesa untuk mencapai penegakan Khilafah buat kali kedua?

[Oo... nak cakap cara Nabi saw tu cara tergopoh-gapah ye?]

Amat menghairankan lagi tidak dapat dipercayai setelah saya sendiri duduk di dalamnya.

[Diorang tak tahu, Cik Khai. Yang lagi sedih, diorang tak pernah pun mendalami sirah Rasulullah dan thariqah baginda saw, dan apabila diorang dengar thariqah yang asing lagi isolated ni, terus diadili di mata mereka sebagai jalan yang tergopoh-gapah.]

Maksudnya orang yang mengatakan sedemikian mungkin:

  1. Hanya terikut-ikut kata manusia lain tanpa menyiasat kebenarannya, bertentangan dengan ayat Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6.
  2. Berjuang untuk Islam hanya dengan modal sedia ada, tanpa ada keinginan untuk menambah ilmu, mendengar kata-kata orang lain yang tidak mereka tahu benar atau salah.
  3. Menghukum dengan pandangan mata mereka, akal mereka yang terbatas tanpa mengingati bahawa thariqah Rasulullah merupakan jalan yang berlandaskan wahyu Allah SWT, dan Allah tidak terbatas.
  4. Tidak ada semangat mencari ilmu.
  5. Tidak ada muhasabah terhadap usaha-usaha mereka.
[Cik Khai, you cakap siapa ni?]

Ada la. Orang-orang sekeliling I yang pernah I bagitahu diorang tentang thariqah Rasulullah ni la. Malang gila, thariqah Rasulullah ni dianggap sebagai thariqah HT. 

[Siapa yang cakap thariqah yang uoollss guna ni thariqah Rasulullah?]

Syeikh Taqiyyuddin an-Nabhani, pengasas HT. Beliau berijtihad dengan segala sumber hukum dan juga sirah Rasulullah saw, so macam itu la dia jumpa cara Rasulullah menegakkan negara Islam pertama. Memang Rasulullah dan para sahabat tak pernah cakap cara nak tegakkan negara Islam adalah dengan tiga step ini iaitu sekian sekian sekian. Tengok tiga step tu, ada tak dalam sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat?

[Ohh... so maksudnya betullah HT ni tak tolak ulama ye Cik Khai?]

Sejak bila la kitorang tolak ulama... kalau kitorang tolak ulama, tak adanya kitorang ikut bersama dalam HT ni. Sebab HT sendiri diasaskan oleh ulama.

[Habis tu asal I dengar you all tolak ulama yang sekarang? You all ambik pendapat ulama HT je kan?]

Ah-hah. Kitorang diajar untuk tengok kekuatan hujah ulama tersebut, selari atau tidak dengan 4 sumber hukum utama umat Islam iaitu: Al-Quran, Sunnah, Ijma Sahabat dan Qias.

Ulang suara: Ijma SAHABAT ye, bukan ijma ulama.

Ijma ulama tak masuk dalam 4 sumber teratas tu.

Jadi selagi hujah ulama tu selari dengan 4 sumber utama tu, maka ia diterima.

[Kenapa ijma sahabat bukan ijma ulama? Bukan ke yang hidup sekarang ni ialah ulama? Nabi saw pun pernah cakap ulama ni pewaris nabi.]

Nabi saw pun pernah bagitahu yang pada akhir zaman ni jugak akan ada ulama yang menipu umat. Jangan dilupakan yang itu jugak. Sebab itu kita kena tengok hujah ulama tersebut. Dan kalau fikir, sahabat ialah orang yang ada bersama-sama Rasulullah, diorang tahu banyak berbanding ulama yang tidak wujud pada zaman Rasulullah. Kita nak percaya yang mana dulu?

to be continued...

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment