Thursday, May 2, 2013

Retorik Sentiasa Berkali-kali

Assalamualaikum.

Harap maaf. Saya terlalu penat mendengar dan membaca retorik berbaur agama yang digunakan oleh orang yang berkompromi dengan agama.

Seorang kawan pernah mengatakan kepada saya macam ni, depan-depan, betul kena kat muka I.
Kenapa saya tak bersetuju dengan HT? Sebab HT tak syumul. Tidak ada tarbiyyah dalam HT.
Haduu... nasib baiklah saya ini bukannya mercury, pantang kena haba sikit terus naik.

Takpe, kita teruskan bersangka baik.

Tidak ada tarbiyyah dalam HT?

Saya menyangkal seratus peratus kenyataan kawan saya ini.

Sebab saya tidak pernah mengalami proses pentarbiyyahan yang begitu sistematik dan berkesan sebelum saya kenal HT.

Serasa diri ini, saya tak pernah berjaya ditarbiyyah oleh fikrah lain dengan jayanya, di mana saya genggam fikrah itu kuat-kuat. Saya selalu diganggu dengan keraguan dek diajar mengenai fikrah lain.

Bila saya jadi darisah HT baru la saya faham fikrah yang betul, dan saya faham pulak fikrah lama saya yang saya pernah cuba belajar tu.

Cakaplah banyak-banyak, kamu membuat janji apa pun. Roti canai pun sedap jugak kalau tidak mengenangkan kalori yang banyak tu. Buatlah janji apa sekalipun, nak turunkan harga buah keranji ke... nak bagi roti Gardenia Butterscotch free ke, Dutch Lady Chocolate kurang harga ke, ribet untuk handphone Samsung S4 ke... silakan lah kamu berjanji. Kamu mungkin menunaikan janji kamu, dan mungkin juga tidak.

Itu semua masalahat. Benefit. Manfaat.

Yang saya mahu ialah: penderitaan umat Islam dihentikan dengan adanya Khilafah. Maruah wanita tidak lagi dipijak dengan adanya Khilafah. Tidak ada lagi orang miskin tidak dapat makan dengan adanya Khilafah. Tidak ada lagi zina bebas dengan adanya Khilafah. Saya dah penat tengok semua tu.

Berkali-kali saya akan tetap kata Khilafah bukan janji mana-mana pun.

Siapa rasa saya berlaku zalim dengan tidak mahu mengundi (saya tak cukup umur lagi bak kata undang-undnag negara demokrasi kat Malaya ni pun) dan membiarkan kezaliman terus berlaku, meh sini saya mahu beritahu juga yang demokrasi itu hukumnya haram.

Kalau nak cakap pasal mengurangkan kemudaratan dengan mengundi parti yang memperjuangkan Islam dan menghapuskan parti yang sekular, hal ini bukan bermain dalam perkara yang mubah. Ini bab halal dan haram.

Sudah berbuih juga mulut memberitahu demokrasi ni asalnya daripada akidah sekularism.

Tak pe, saya tak nak penat.

Haa... kalau tak bersetuju dengan kenyataan ini maka kat tepi tu ada link Facebook saya. Saya budak rajin online FB. Mesej je, saya akan cuba jawap.

Saya amat penat dengan retorik Islamik mereka yang tidak bertapak pada akidah, hanya bertapakkan masalahat, berdindingkan masalahat, berbumbungkan maslahat dan semuanya sebab masalahat.

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment