Saturday, May 4, 2013

Saya Tidak Berada di Atas Pagar

Assalamualaikum.

Golongan atas pagar ialah istilah yang digunakan untuk mereka yang tiak memihak kepada mana-mana parti dalam pilihanraya dalam sistem demokrasi.

Ya, saya bukan golongan atas pagar.

Pagar itu wujud, tapi saya berada jauh di luar pagar.

Kewujudan pagar itu sendiri saya rasakan satu kesilapan besar umat Islam hari ini.

Ya, memang takdir Allah menetapkan bahawa pada 3 Mac 1924 sistem khilafah yang berdiri selama 1400 tahun lenyap.

Dan sistem itu berganti dengan sistem demokrasi.

Tetapi, umat Islam tidak boleh diam dengan sistem demokrasi yang tidak diredhai Allah ni.

Umat Islam tidak boleh membiarkan kekosongan tempat khalifah melebihi 2 malam, hari ini sudah 89 tahun umat Islam berdosa kerana membiarkan kekosongan tempat khalifah terlalu lama.

Adik, diorang tak tahu hal itu. Janganlah adik marah.

Ya, sebab umat Islam tak tahu la saya kena bagi tahu.

Kelemahan pemikiran umat Islam sekarang ni dah sampai tahap tenat. Kalau kat hospital boleh masuk ICU kot. Kerana terlalu ramai orang Islam yang mempertahankan demokrais yang berasal dari akidah lain, dan terlalu sedikit orang yang memahami dan dapat berfikir tentang makna demokrasi dan khilafah yang sebenarnya.

Lebih tenat lagi, ada yang mengatakan sistem khilafah dah tak relevan. Do you know that you just insulted an institution built by Rasulullah saw? (Bukan kamu yang membaca la kot... orang yang bagitahu saya tu la)

Apa yang saya lihat baik dalam parti sekular mahupun parti 'Islamik' yang berentap dalam demokrasi ini, mereka tidak lain hanya menawarkan maslahah (benefit) kepada umat Islam sebagai asas untuk memilih. Tidak ada penegakan hukum syariat. Sedangkan mereka yang memimpin wajib menerapkan hukum Islam.

Tak habis-habis dengan mempromosikan maslahat, mengumpan umat. Akhirnya hukum syariat yang wajib diterapkan ditendang ke tepi.

Thariqah Rasulullah juga diketepikan. Demokrasi yang dirasakan sebagai alat itu dijunjung tinggi dan mulia mengalahkan thariqah Rasulullah.

Kepada sesiapa yang membaca entri ni, saya doakan kamu sedar bahawa demokrasi bukanlah sistem terbaik untuk menegakkan Islam dan hukum syariat Allah di muka bumi ini. Demokrasi hanyalah satu sistem yang akan membuat kita semakin jauh daripada Allah dan Rasulullah, dan dekat kepada hawa nafsu, syaitan dan neraka. Demokrasi tidak akan mempertahankan wanita, orang miskin, umat Islam di Syria, Palestin, Rohingya dan di mana-mana sahaja. Demokrasi akan terus membuli mereka. Demokrasi hanya akan menguntungkan orang yang berada di atas, merugikan dan membunuh orang yang berada di bawah.


0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment