Assalamualaikum.
Saya berasa amat sedih. Sebab ramai orang tidak tahu jalan demokrasi ni bukan daripada Islam.
Sedih gila. Mereka menganggap Islam kena tunduk kepada realiti hari ini.
Cerita Bangla datang mengundi. Saya tidak tahu cerita sebenar, tapi kalau benar hal itu terjadi kerana pihak-pihak tertentu memerlukan jumlah undi yang lebih banyak.
Sedangkan dalam Islam, kemenangan tidak bergantung kepada nombor dan bilangan.
Cerita dakwat hilang.
Kesian gila semua orang yang mahukan Islam terpaksa tunduk kepada organisasi yang sudah diketahui dimonopoli oleh pihak lawan dalam rangka mengalahkan opponent masing-masing.
Adakah Islam selemah itu hingga terpaksa tunduk kepada orang yang berlaku zalim?
Ni la kelemahan demokrasi. Sesiapa yang memiliki nombor dan bilangan yang banyak, duit yang banyak akan dapat melakukan apa sahaja.
Semua masalah ini dan masalah lain yang lagi besar isunya yang kedengaran lantang di Facebook, adalah isu yang menjadi norma dalam demokrasi. Apabila kita hendak menyelesaikan masalah-masalah yang wujud tu, maka kita mula mengekstrak idea daripada akal kita yang terbatas.
Sedangkan dalam Islam, segala penyelesaian dah tersedia sejak sebelum masalah itu wujud. Islam menyediakan penyelesaian yang lebih bijak.
Islam tak guna cara yang lahir daripada akal manusia, tetapi sebaliknya sumber penyelesaian masalah dalam Islam adalah wahyu daripada Allah kepada Rasulullah.
Allah yang menciptakan penyelesaian bagi seluruh umat manusia. Kenapa masih ada manusia yang masih tega mengenepikan kebijaksanaan Allah dan mengagungkan akal manusia yang serba terbatas ni?
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment