Assalamualaikum.
Sekarang air mata murah macam rambutan 3 sepuluh kat pasar minggu Kuala Berang. Sedangkan dulu saya yang kena pergi cari video-video touching kat youtube untuk melaksanakan aktiviti membasuh cornea. Itupun tak cukup touch tuh.
Baru saya faham erti 'rakan seperjuangan'.
Dulu punyalah saya fikir apa maksud rakan seperjuangan tu. Perjuangan apa pulak yang diorang maksudkan ni..?
Dan boleh pulak ada rakan seperjuangan (sepert yang diceritakan dalam drama atau lagu-lagu) yang cakap aku nak berhenti dulu, korang teruskanlah perjuangan ni... bla bla bla...
Serius tak faham.
Bermula September 2012, Allah mula memberi saya definisi perjuangan dan rakan seperjuangan yang sebenar, yang saya tak pernah faham dari dulu.
Perjuangan menyebarkan kebenaran ni bukan sesuatu yang senang-senang untuk dihentikan, melainkan MAUT sahaja, dan bila dan di mana hanya Allah sahaja yang tahu.
Rupanya bila datang ujian barulah saya sedar, mereka sayang saya dan saya sayang mereka juga.
This sisterhood is defined by aqidah.
Aqidah defines this bond.
Sorry, nak jiwang kat sini. Mereka ialah kakak dan abang seperjuangan saya. (Really feel like adik amongst them)
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 months ago
0 Throw your words, write good:
Post a Comment