I do not know what should be the title for this post.
Seriously, Allah has the best plan for us. Ini bukan ayat menyedapkan hati ni. Ini betul yakin dengan ketentuan Allah.
Apabila kita percaya kepada qadha dan qadar Allah, maka apabila sesuatu terjadi kepada kita atau ahli keluarga kita, maka kita akan lebih mudah menerimanya.
And the belief for the qadha and qadar doesn't stand alone, it needs the belief in akhirat too. Wajib macam tu.
Sebab kita ni nanti akan ke akhirat jugak. Hidup di dunia ni kita tak tahu macam mana.
Sekukuh-kukuh ikatan yang mengikat seorang manusia dengan seorang yang lain ialah ikatan akidah.This principle is applied to all types of relationship. Kawan. Adik-beradik. Keluarga. Jemaah. Dan suami isteri jugak.
Ikatan yang berdasarkan manfaat, akan berakhir bila manfaat itu sudah tidak boleh didapati lagi daripada orang itu.
Ikatan bertunjangkan perasaan akan selalu goyah kerana perasaan selalu berubah-ubah, dan syaitan juga sudah semestinya mengambil bahagian dalam temasya emotional exaggeration ni.
Tapi IKATAN AKIDAH ialah ikatan yang berbeza. Hanya terputus apabila sudah tiada lagi akidah, dan saat itu segalanya hancuss...Dan Allah menyedarkan kami semua insyaAllah... bahawa institusi kekeluargaan yang bermulanya dengan perkahwinan itu bukan institusi percintaan semata-mata. Ya, seringkali dan bahkan wajib ada cinta yang membajai rumahtangga, tapi itu hanya cat di luarnya. Tapi pasak dan tiangnya haruslah daripada akidah yang sebenar.
[Okey. Selain daripada rasa dah jadi orang yang dah kahwin empat belas tahun, saya juga rasa macam dah jadi sasterawan Indon neh]
InsyaAllah, pintu dakwah terbuka luas pasca peristiwa.
Yang pasti:
Allah got the best plan for us.
Jangan ikut kata syaitonnn... perasaan mungkin memandu akal kita pada satu masa, tapi jangan dilupakan perasaan jugalah yang paling senang dikuasai oleh syaitan.Semoga dipertemukan dengan muslimah yang lebih baik.
Datang dan pergi insan dalam hidup kita, semua Allah yang buat. Allah bagi kita kawan, Allah boleh tarik dia. Allah bagi kita kucing, Allah boleh tarik balik. Dan segalanya yang ada di sisi manusia.
0 Throw your words, write good:
Post a Comment