Saturday, July 27, 2013

Membandingkan Dua Ideologi Kufur dan Mengabaikan Satu-satunya Ideologi Islam

Assalamualaikum.

Had a short chat with a friend in FB. He talked about capitalism and communism. Specifically: economy of these 2 systems.

Katanya: semua sistem ada masalah. be it capitalism or communism. cuma lepas kejatuhan Berlin Wall, ahli ekonomi berpendapat komunism lebih banyak kelemahannya. (edited)

Semua sistem akan ada masalah sekiranya sistem itu yang digunakan untuk mengatur kehidupan manusia, datang atau diciptakan oleh manusia. Sebab manusia tak sempurna. Akal manusia terbatas kepada masa dan tempat, bila dan di mana dia hidup.

Tapi sistem yang diciptakan daripada Allah takkan ada masalah. Sebab Allah sempurna. Allah tak terbatas kepada masa dan ruang. (Allah yang ciptakan kedua-duanya juga) That explains why a system created by Allah is really perfect.

Buktinya: Khilafah sebagai pelindung umat yang berdiri selama 1400 tahun. It was the great civilization, but people don't mention it.

Pada ayatnya saya nampak perbandingan antara kemudharatan dan kemaslahatan (kekurangan dan kelebihan) antara kapitalisme dan komunisme, masing-masing merupakan dua ideologi kufur yang tidak lahir daripada Islam. Dan tidak akan menjadi sistem yang akan menegakkan Islam sebab kewujudan kedua-duanya menafikan kekuasaan Allah dalam kehidupan manusia.

Kenapa harus dibandingkan dua benda yang kufur apabila Allah dah sediakan sistem yang paling efektif untuk kita; Islam?

Kepada anda yang saya maksudkan, sekiranya terjadi anda membaca entri ini: This ain't harassment. Saya mungkin pernah/tak pernah memberitahu anda tentang kewujudan tiga ideologi utama di dunia iaitu kapitalisme, komunisme dan Islam (yang sudah terkubur selama 89 tahun lamanya dan dilupakan oleh orang Islam hari ini). Anda mungkin pernah/tak pernah mendengarnya daripada mana-mana sumber lain selain saya. Saya cuma berharap anda akan mendapat kebenarannya.

Jangan abaikan kewajipan menegakkan Khilafah.

Saturday, July 20, 2013

Pada Suatu Hari Tanpa Anak Kecil

Assalamualaikum.

Off topic sikit.

Pada satu hari itu
Dalam kereta
Bapak tiba-tiba berbunyi

"Dah lama tak ada anak kecik."

Adik paling bongsu pun sudah tua
Dah nak habis sekolah

It has been a year since my mom baby-sit the last kid
Fatin
@apet yeay
@Benale
itu semua nama samaran dia

there were kids in our house
they were more than kids
they were our baby brothers and sisters
and still are

bila bapak kata begitu
emak menoleh ke arah saya
sambil sengih
cepatlah kamu pula bagi cucu

baiklah.
saya mahu lahirkan pejuang Khilafah
yang dalam hidupnya hanya ada Islam
yang sentiasa peka dengan ancaman musuh
yang akan terus mengembalikan solution kepada setiap masalah- kepada akidah Islam

dan ini bukan senang

Prep Prep Prep for The Islamic Awakening

Assalamualaikum.

I remember the short phrase 'prep' for the 'preparation class' during my 2-years of my hostel life. Kelas malam oo.

Cut it out.

Selepas Perang Dunia Pertama atau dalam jangka masa sekitar itu, kuasa koloni (Amerika dan Britain terutamanya) menduduki banyak neegara, untuk menguasai negara-negara tersebut secara langsung, termasuk wilayah-wilayah Islam yang dirampas dari kekuasaan Khilafah Uthmaniyyah pada waktu itu.

Rusia yang masa itu masih berpegang kepada sosialism, menyeru, membangkitkan semangat ramai orang menentang kolonialism (pendudukan koloni di dalam negara-negara yang dijajah). Dalam sekitar waktu Perang Dunia Kedua, suara-suara menentang penjajah dah tak asing.

Dan menyebabkan kuasa-kuasa koloni terpaksa menukar cara mereka menjajah kita. Dan cara itu kekal sehingga hari ini di kebanyakan negara, melainkan di wilayah yang bergolak seperti Syria. (Mungkinkah Mesir pun akan jadi macam Syria di mana seruan terhadap Khilafah Islamiyyah - bukan Khilafah Arab - bergema di sana sini? InsyaAllah)

Colonial Evolution - mengubah cara kuasa-kuasa kapitalis dan koloni ini dalam erti kata menjajah. Harus diingat, tujuan mereka menjajah kita adalah untuk memastikan kebangkitan Islam gagal.

Mereka meninggalkan 'negara' yang kita duduki sekarang dengan 'orang-orang tempatan yang telah di-hacked pemikirannya menjadi kapitalis dan kolonis' seperti mereka itu. Orang-orang ini dipanggil puppet kepada kuasa koloni tersebut. Maka orang-orang ini pun menjalankan pemerintahan mengikut rangka yang dikehendaki oleh kuasa kapitalis tersebut, sudah tentu la dalam rangka demokrasi (sebab demokrasi je la sistem buatan manusia yang nampak cantik pada zaman sekarang ni.)

(Malangnya apa yang kita lihat sekarang terutamanya di Timur Tengah, demokrasi yang dikatakan menjaga kemaslahatan rakyat tak dapat menjalankan tugas dengan baik. Natijah dari demokrasi, kita boleh nampak kat Mesir sekarang ni. Saya doakan orang Islam di Mesir akan nampak, demokrasi sedang jatuh dan Allah sedang membantu perjuangan Islam sekarang!)

Apa preparation kita untuk menuju kebangkitan Islam?

Ikut balik thariqah/perjalanan dakwah Rasulullah.

Kunci pertama. Baiki akidah. Carilah Islam yang sebenar. Jangan cuba menjadi 'taksubist of the macais'. Maksudnya janganlah taksub kepada sesetengah organisasi. Dengarkan semua dahulu, kemudian lakukan timbang tara berdasarkan al-Quran dan Sunnah, plus IJMA SAHABAT (bukan ijma ulama' neh) dan kemudian Qias. Berdoalah kepada Allah supaya dipertemukan dengan kebenaran.

Oh. Kemudian bila kamu dah jumpa kunci pertama maka insyaAllah, kamu akan jumpa kunci kedua dan seterusnya. Sungguh ni.

Menuju kebangkitan Islam bukan perjuangan picisan. Ia memerlukan satu pemikiran yang mendasar (menyeluruh tentang agama Islam) bukannya pemikiran yang disandarkan kepada akal manusia, tetapi disandarkan kepada wahyu Allah swt.

Membina negara Islam bukan semudah meletakkan nama Islam kepada sistem kufur demokrasi. Seorang kafir yang bernama Johnson tidak bergelar Islam jika hanya menukar namanya menjadi Yusuf atau Ahmad, tidak menjadi Islam hanya dengan menukar pakaian dari kemeja dan kot kepada jubah dan serban. Islam bukan pada zahir sahaja.

Mengatakan demokrasi sebahagian daripada Islam sama la macam nak menyucikan arak di dalam bekas botol air zam-zam.

Membina Islam yang sebenar dari akar umbi itulah yang dipanggil preparation for the Islamic awakening. Negara Islam tidak lahir dengan hanya meletakkan pemimpin beragama Islam yang menerapkan demokrasi.



Saturday, July 13, 2013

Muhasabah Terhadap Gerakan Islam yang Mengakui Sistem Taghut (Bhgn II)- Karakter Gerakan Islam yang diakui oleh Barat Kuffar

Assalamualaikum.

(continuation of the previous entry)

Dalam entri sebelum ini, saya telah menerangkan apakah 'the vital issue of Muslims' iaitu bagaimana untuk mengamalkan Islam secara menyeluruh, dari kehidupan indivdu hingga kehidupan bernegara. Dan perkara ini takkan tercapai melainkan terlaksananya Islam dalam bingkai negara Khilafah. 

Umat Islam perlu dipimpin dengan menerapkan hukum-hakam Islam secara kaffah (menyeluruh) dengan tegaknya negara Khilafah, bukan dipimpin untuk tunduk kepada realiti hari ini yang jelas sekular dan tidak Islamnya.

Back to the topic of harakah Islam.

Harakah pragmatis yang tunduk kepada realiti yang telah dicipta dan dipromosikan oleh barat, juga telah (dan masih) dibelai oleh kuffar barat sehingga tidak menyedari 'the vital issue of Muslims'. Bahkan, harakah ini mengakui kesahihan sistem taghut yang sedia ada (demokrasi terutamanya) dan berjuang untuk menyucikan sistem taghut itu.

Ciri-ciri harakah pragmatis:

  1. tidak mengajak umat untuk mengubah sistem taghut secara total
  2. tunduk kepada sistem taghut/mengakui kesahihannya
  3. tidak ada masalah untuk hidup dalam sistem kufur
  4. memperjuangkan slogan-slogan Islam/slogan negara Islam dalam ruang lingkup sistem taghut
Dan sebenarnya, penyesatan politik yang berhasil dari harakah pragmatis ini jauh menyesatkan umat daripada jalan yang benar, kerana harakah jenis ini melegitimasi (make legal, mengesahkan) sistem kufur, sedangkan sistem taghut ini perlu dihapuskan oleh gerakan Islam, bukannya untuk dipertahankan!

Macam manakah caranya untuk kita menghapuskan sistem taghut yang sedia ada?
  1. perubahan mestilah dilakukan dengan tidak mengakui sistem tersebut-sebab terlaksananya dan hidupnya sistem tersebut (seperti demokrasi) merupakan kehendak penjajah, bukan kehendak Allah.
  2. sistem hari ini perlu di-taghyir- hapuskan demokrasi dari luar kotak demokrasi, bukan dari dalam sistem demokrasi itu sendiri (contoh: menguasai kabinet dengan majoriti 2/3 dewan yang rata-ratanya pemimpin Islam untuk mengubah perlembagaan- yang ini membaiki dari dalam namanya)
  3. memimpin umat islam supaya faham dan berjuang secara sahih (di sisi Allah, bukan di sisi undang-undang Britain atau Amerika) sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw sehingga tertegak negara Islam berdasarkan jalan wahyu.
  4. umat perlu diberi kefahaman bahawa negara Khilafah berbeza dengan negara demokrasi dan lain-lain sistem taghut yang ada (autokrasi, monarki dsbgnya)
  5. umat perlu faham bahawa kaum Muslimin wajib bersatu di bawah daulah Khilafah, di bawah satu bendera dan satu pemerintahan (bukan bawah berbagai-bagai pemerintahan hari ini: Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Mesir dll)
Strategi Barat Terhadap Umat Islam

Pada kacamata Barat, ada dua jenis Muslimin:
  1. fundamentalist/extremist/terrorist (yang mahu penerapan syariat Islam secara kaffah dan tidak mengakui sistem taghut hari ini)
  2. moderat (pragmatis, yang mengamalkan Islam ala-ala melepaskan batuk di tangga sahaja, tunduk kepada realiti)
Golongan Muslim moderat diangkat oleh Barat dan ditempatkan oleh Barat dalam posisi kekuasaan (sorry to say: contohnya seperti PM Turki, Erdogan dan Presiden Mesir yang baru digulingkan, Morsi). Golongan moderat ialah golongan yang tidak berbahaya kepada sistem politik Barat dan eksistensi Barat di dunia Islam.

Karakter Harakah Islam yang Sesuai dengan Kehendak Barat:
  1. menganut sikap pragmatis (ataupun nama ikut bahasa Arab: waqi'iyyah): bertindak bukan atas dasar syarak tetapi atas dasar waqi' (realiti) yang ada pertimbangan untung dan rugi (maslahat-mudharat) [I celarly stated in previous entries that this is the aqidah of capitalist)
  2. tidak mempunyai pemikiran Islam yang jelas: hanya menyerukan Islam secara umum dengan tafsiran yang disesuaikan dengan fakta realiti supaya diredhai Barat (mencari redha manusia, bukan redha Allah)
  3. tidak berusaha untuk mengubah sistem secara taghyir (total)- hanya mengislahkan aspek-aspek tertentu. Juga beranggapan sistem taghut sedia ada hari ini sah dan sudah final (ni bukan sah di sisi Allah, tapi di sisi Barat). Kita akan dapat lihat naiknya golongan moderat ke dalam kekuasaan tidak akan membawa kepada perubahan sistem taghut tersebut.
  4. wawasan dan aktiviti yang bersifat lokal: (menekankan umat Islam di Malaysia berjuang di Malaysia je, yang di Mesir berjuanglah untuk Mesir, Turki untuk Turki, Indonesia untuk Indonesia). Mereka tidak menekankan persoalan umat Islam yang bersifat global iaitu penyatuan umat Islam di bawah daulah Khilafah. Malah ada dalam kalangan golongan berfikiran moderat ini berfikir dan menyangka bahawa penyatuan ini merupakan idea yang khayal. Kebanyakan mereka suka berjuang atas dasar tanah air. (assobiyah)
  5. menampakkan diri sebagai kelompok moden dan moderat: berdalih bahawa Islam ialah agama yang boleh disesuaikan dengan situasi. Mereka juga mengecam harakah ideologis sebagai 'mutasyaddidun' yang masih mencari masalah dengan 'pemerintahan yang sah'. Selain itu, mereka juga menggembar-gemburkan pemikiran (rekaan mereka) yang disandarkan kepada Islam seperti: Fiqh al-Waqi', Fiqh Maslahih. Kita juga dapat melihat, mereka masuk ke dalam sistem taghut (spt demokrasi) dengan alasan untuk menegakkan agama.
  6. mementingkan tokoh/figure: ciri utama dalam aspek ini ialah mereka berusaha mengkedepankan tokoh pimpinan daripada mengkedepankan fikrah dan idea-idea Islam. Malah, keputusan setiap masalah yang dihadapi disandarkan kepada kehendak pimpinan, bukan kepada hukum-hakam Islam. (mencusikan individu)
Jadi kita dapat lihat (dan saya doakan semua yang membaca sensitif kepada apa yang berlaku hari ini) terdapat golongan moderat (menerima demokrasi terutamanya) yang diterima umat. Barat menjajakan bahawa golongan moderat inilah yang terbaik untuk umat Islam. Sebaliknya, golongan yang membawa perjuangan Islam sebenar disebutkan sebagai fundamentalis, terroris, ekstremis supaya persepsi buruk mengenai mereka menghalang penerimaan umat terhadap ideologi dan syariat Islam yang sebenar! (emosi sikit)

Dan yang sebenarnya, golongan Islam moderat yang disukai oleh Barat ini, tidak jauh bezanya dari puak Islam liberal, yang mentafsir dna mengaplikasikan Islam sesuai dengan kehendak Barat.

The end. Jazakumullah khairan kathir kerana membaca hingga habis.

Muhasabah Terhadap Harakah Islam yang Mengakui Sistem Taghut (Bahagian I)

Assalamualaikum.

Today's entry also can be seen in www.mykhilafah.com, Sautun Nahdah 243.

Sejak kejatuhan institusi Khilafah pada tahun 1924, banyak gerakan Islam yang berusaha untuk mengembalikan kembali institusi tersebut dan mengembalikan kegemilangan Islam. Sangat banyak. Matlamat kita semua sama: untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan hidup dalam keadaan Islam diterapkan secara sepenuhnya.

Ya, kita semua ikhlas. Di samping ikhlas berjuang untuk Islam, kita kena faham apa yang kita bawa untuk memastikan perjuangan kita berjaya dan diredhai Allah, mengikut apa yang digariskan oleh syarak.

Bercakap tentang kebenaran, macam mana kita tahu sesuatu perkara tu benar atau tidak? Kalau diikutkan semua orang akan kata, mereka yang betul.

Kebenaran itu hanya ada satu, takkan ada dua atau tiga atau lebih kebenaran yang berbeza yang bertentangan antara satu sama lain. Kita mengukur kebenaran dengan satu kayu ukur yang berpandu kepada al-Quran dan Sunnah, bukan berpandukan pertimbangan akal manusia.

Disebabkan perjuangan suci ini pernah dibawa oleh Rasulullah dan terbukti berjaya melindungi umat Islam selama 1400 tahun, kita wajib meneladani thariqah Rasulullah untuk mengembalikan penegakan Islam di dunia.

Kita selalu je dengar orang bagitahu kita (saya dengar sejak kecil): Islam ialah agama yang sempurna, Islam agama yang syumul. Betul. Islam mengatur bagaimana cara kita menyelesaikan rasa/naluri bertuhan dengan menyembah Allah, itu yang saya rasa. Tapi persoalannya adakah Islam ialah agama yang hanya menyediakan penyelesaian terhadap naluri menyembah (spiritual) sahaja?

Adakah Allah tak menurunkan aturan kepada Nabi Muhammad saw untuk mengatur kehidupan bernegara?

Kalau Allah tak menurunkan aturan untukmengatur segenap aspek kehidupan termasuk kehidupan bernegara, maka Islam tak syumul la kalau macam tu.

Allah telah menurunkan aturanNya kepada Nabi Muhammad saw melalui wahyu. Oleh itu, perjuangan Nabi Muhammad saw untuk menegakkan Islam sebagai rahmatan lil 'alamin bersumberkan kepada wahyu Allah, baginda melakukannya sebagaimana yang Allah kehendaki. Baginda saw tidak mengikut tafsiran akalnya sendiri dalam membawa dakwah Islam.

Fokus kita dalam kebangkitan Islam, tidak boleh hanya bertumpu kepada sesetengah bahagian tertentu, contohnya: membela wanita dan kanak-kanak dari penindasan, kebangkitan ekonomi Islam, mengembalikan dasar pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan macam-macam lagi la namanya perjuangan pada sesetengah bahagian tertentu.

Fokus baginda saw dan sahabat adalah bagaimana untuk mengamalkan agama Islam secara menyeluruh, dari kehidupan individu kepada kehidupan bernegara. Itu yang dipanggil 'the vital issue of Muslims'.

Perjuangan harakah Islam hari ini memerlukan fokus kepada dua hal:

  1. membebaskan umat Islam dari penjara sistem taghut (sekularisme, demokrasi, autokrasi dan berbagai jenis krasi yang ada di dunia- yang telah memecahkan umat Islam dan tidak berdaya menghadapi hegemoni Barat) [hegemoni: dominance/leadership of one social group over others]
  2. mengembalikan umat Islam ke dalam satu institusi politik pemersatu umat Islam iaitu negara Khilafah Islamiyyah.
Perjuangan mengembalikan Islam ke dunia ini memanglah akan dihalang oleh kuffar. Mereka berjaya menumbangkan institusi Khilafah pada tahun 1924, setelah usaha beratus-ratus tahun untuk memadamkan cahay nur Allah. Tetapi Rasulullah mengkhabarkan kepada kita bahawa: "... kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..." [HR Ahmad]. Kita takkan tak yakin kepada Rasulullah? Bicara baginda bukan retorika.

Dalam rangka menggagalkan harakah-harakah Islam mencapai matlamatnya yang suci (iaitu Khilafah 'ala minhaj nubuwwah) kuffar Barat pun menjinakkan harakah-harakah Islam, supaya tunduk kepada kehendaknya.

Jenis utama harakah Islam:
  1. harakah pragmatis: yang tunduk kepada realiti dan menundukkan Islam kepada realiti. (contohnya: menundukkan Islam dengan sistem demokrasi, tidak memperjuangkan Islam yang sebenar kerana takut dilabel sebagai ekstremis dan terrorist oleh Barat)
  2. harakah ideologis: memahami cara untuk menyelesaikan masalah umat Islam dengan cara taghyir, bukan islah.
Taghyir: rombakan secara total.
Islah: mengislamkan sistem taghut/sekular yang sedia ada ( ni yang rasa macam cuba nak menyucikan daging babi dan arak)

to be continued. may Allah bless all readers.

Thursday, July 4, 2013

Morsi Oh Morsi, Mesir Puuunnn...

Assalamualaikum.

Hai. Dah lama tak menaip. Bila dah menaip balik panas pulak.

Hari ini, dan semalam dan semalam dan semalam kecoh je Facebook, tv dan media lain bercakap tentang Tamarrud dan Tajarrud dan apa-apa sajalah nama dan pengenalan bagi acara terbesar tahun ini di Mesir: penggulingan Morsi.

Lalu pak cik mak cik di kampung di Malaysia ini, bila mendengarkan saja berita tentang kejadian guling-guling ini, bersuara dengan persepsi mereka...

"Apa benda la, naik sorang dia tarik kain suruh turun balik... lepas ni nak suruh siapa pulak naik? Tak bersyukur betul la..."

"Apa ke benda punya jenis pemikiran pulak orang Mesir ni..."

Rata-rata pelajar berbangsa Melayu di Mesir (kebanyakannya) merupakan penyokong/peminat Morsi. Dan tak dinafikan ada juga kesikitannya yang tak menyokong Morsi.

Maka naiklah pelbagai assumptions/speculations dalam status-status masing-masing. Disebabkan banyak yang menyokong, so status mereka banyak yang pro-Morsi.

Ada yang marah media sebab bantai Morsi dan dalam masa yang sama mempertahankan si Basyar laknatullah tu. Ada yang kesian, ada yang sedih... macam-macam lagi yang saya tak larat nak taip dah.

Saya terbaca, ada status seorang akhi yang popular ni... kalau sebut nama gerenti kenal pulak. Dia kata macam ini... (saya kerat ayat dia, tapi yang minat dia mesti tahu jugak)
Presiden yang HAFIZ quran, mana nak cari kat Malaysia?
Geleng kepala. Sakit kepala. Terasa sempit urat-urat koronari saya ni. Maafkan saya wahai si jantung, mesti awak pancit je selalu nak supply darah kat satu badan saya ni.

Okey. Presiden yang hafaz Quran. Tapi kalau hafaz Quran tak laksanakan hukum-hakam Allah yang terkandung dalam Quran tu macam mana? Nampak tak beza dia?

Fine... memang tak mudah nak ubah negara yang telah dikucar-kacirkan oleh Mubarak... tapi situasi yang berlaku setelah Mubarak jatuh dan naik Morsi tak menggambarkan pembaikan..? Kenapa melibatkan Mesir (yang pemimpinnya sangat Islam tu) dengan riba? Menyeksa rakyat dengan IMF? (Pinjaman dari Bank Dunia sebanyak juta-juta dollar untuk 'membantu' pertumbuhan ekonomi negara)

Dan banyak lagi la kenyataan masing-masing cuba membela. Tak perlu cakap, semua ada kat FB. Semua komentar itu menggambarkan peribadinya. (Bagus betul, mana diorang tahu semuanya pasal peribadi Morsi? Saya musykil sungguh ni.)

Apabila terjadi masalah seperti ini, maka carilah solution daripada Quran dan Sunnah. Nak cari solution kena tahu punca dulu. Last sekali, kita akan dapati punca kepada masalah ini ialah: DEMOKRASI.

Demokrasi bukan dicipta untuk keadilan, tetapi untuk kepentingan. Ia dijalankan di Mesir bukan untuk rakyat Mesir, tapi untuk kuasa kapitalis terbesar dunia, Amerika.

Demokrasi memperjuangkan prinsip-prinsip kebebasan, maka hari ini kita lihat pemimpin sudah mula menerima akibat kebebasan bertingkah laku dan kebebasan berpendapat.

Dan demokrasi itu sendiri bukan jalan yang lahir dari wahyu Allah. Tapi akal manusia yang mementingkan keuntungan. Tidak logik institusi Khilafah yang bertahan selama 1400 tahun berdiri teguh dengan cara yang lahir dari akal manusia. Daulah Islam yang dibina oleh Rasulullah saw tegak dan teguh hasil perjuangan Rasulullah saw yang berdasarkan wahyu, bukan akal baginda.

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahwa Dia sungguh akan menjadikan kamu berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia ridai. Dan Dia benar-benar akan mengubah keadaan mereka, setelah mereka berada di dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembahKu dengan tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [An-Nuur:55]

Allah tak memungkiri janji.

Tapi demokrasi itulah yang sentiasa memungkiri janji. Demokrasi membuatkan kita mempersekutukan Allah, membuatkan manusia mengenepikan hukum-hakam Allah dan mengagungkan undang-undang yang lahir dari akal manusia.

"Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? (Hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamanya)?" [Al-Maaidah:50]


Thursday, May 30, 2013

Tentang Sayap Sebelah

Assalamualaikum.

Saya pasti ramai orang dah tengok video MatLuthfi yang paling latest ni.

Ada isi kandungannya yang saya setuju, dan ada jugak sikit yang tidak.

Saya setuju, seorang daei tidak boleh terlalu keras dan garang sepertimana watak ketua usrah itu.

Dan jawatannya sebagai ketua usrah diberi oleh manusia, bukan oleh Allah. Menjadi ketua usrah tidak bermakna dia boleh menganggap diri dia suci berbanding dengan orang lain.

Saya setuju menegur ketua usrah yang 'perasan' macam tu.

Saya setuju kita kena tolong kawan yang nak berubah.

Tapi maaf MatLuthfi saya tidak setuju dengan kenyataan Islam menawarkan harapan. Ayat tu tak siap lagi kot hehe.

Ya, Islam menawarkan harapan. Dan harus diingat apa yang disediakan Islam bukan hanya harapan, tetapi PENYELESAIAN.


Monday, May 27, 2013

Cerita: Mencapai Kemenangan Melalui Jalan Singkat iaitu Perang

Assalamualaikum.

Pada satu hari, saya bercakap dengan seorang kakak.
Yang akak faham, HT ni bekerja untuk mencapai kemenangan Islam melalui jalan perang.
Mak aihh best gila pulak main perang-perang ni. (Dah saya minat cerita action perang-perang ni, ingat jadi sniper tak style ke?)

Tapi tak pernah lagi saya ditunjukkan dengan bukti bahawa Hizbut Tahrir menjadi dalang atau terlibat dalam mana-mana perang. Taliban pernah la saya dengar. HT belum lagi.

Dan sepanjuang tempoh belajar saya tak ada lagi dikenalkan dengan mana-mana cikgu menembak, atau cikgu strategi, atau cikgu bom. Pengajar saya pun tak reti handle M16. Usahkan nak pergi berperang, kucing pun diorang takut. Macam mana nak perang?

Kalau ya kitorang cakap pasal bom, bom kentut ada la. Cakap tengah-tengah minum petang. Main-main.

Saya pun tanya la...
Akak dengar daripada mana HT guna cara peperangan untuk establish Islam?
Dia pun jawab...
(terdiam seketika sebelum mengakui) Akak ikut kefahaman akak sendiri je.
Lalu saya kata
Akak kalau kita tak tahu, kita kena tanya kepada yang tahu.
Geram jugak aku macam ni. Tak de la, bila bab lain pandai je cakap kena rujuk ulama' la, rujuk orang yang arif la, tak boleh buat andaian sendiri la... eh eh tang cara perjuangan HT boleh pulak kau pakai kefahaman kau sendiri?

Dan lebih malang lagi 'kefahaman sendiri' tu disebarkan kepada orang lain... jadi la fitnah.

Kan dah jadi dosa yang lagi besar daripada membunuh tu...

Dalam surah Hujurat ayat 6 Allah kata kalau sampai berita daripada orang fasik, hendaklah kita siasat dulu. Siapa je yang tak fasik sekarang ni?


Democracy is Democracy, Election is Election

Assalamualaikum

Nah amik ni


Democracy is defined as 
a ruling system
from the people to the people for the people

Ahah. 
Cliche

cliche tak cliche
Allah cakap macam mana?

Allah kata kalau ikut kemahuan manusia, manusia akan menyesatkan kita dari agama Allah.

Heyyyoo...
Link Facebook saya ada kat tepi tu
Dipersilakan untuk klik dan add friend, atau private message kalau tak faham

Peringatan: demokrasi bukannya wasilah untuk memilih pemimpin
democracy is more than election
democracy is a system that will preserve the capitalists' ideology
and for sure, will kick other ideologies far away

Quote hari ni:
ELECTION IS ELECTION
DEMOCRACY IS DEMOCRACY
ELECTION IS NOT DEMOCRACY
DEMOCRACY IS NOT ELECTION


Kakak dan Abang Seperjuangan

Assalamualaikum.

Sekarang air mata murah macam rambutan 3 sepuluh kat pasar minggu Kuala Berang. Sedangkan dulu saya yang kena pergi cari video-video touching kat youtube untuk melaksanakan aktiviti membasuh cornea. Itupun tak cukup touch tuh.

Baru saya faham erti 'rakan seperjuangan'.

Dulu punyalah saya fikir apa maksud rakan seperjuangan tu. Perjuangan apa pulak yang diorang maksudkan ni..?

Dan boleh pulak ada rakan seperjuangan (sepert yang diceritakan dalam drama atau lagu-lagu) yang cakap aku nak berhenti dulu, korang teruskanlah perjuangan ni... bla bla bla...

Serius tak faham.

Bermula September 2012, Allah mula memberi saya definisi perjuangan dan rakan seperjuangan yang sebenar, yang saya tak pernah faham dari dulu.

Perjuangan menyebarkan kebenaran ni bukan sesuatu yang senang-senang untuk dihentikan, melainkan MAUT sahaja, dan bila dan di mana hanya Allah sahaja yang tahu.

Rupanya bila datang ujian barulah saya sedar, mereka sayang saya dan saya sayang mereka juga.

This sisterhood is defined by aqidah.

Aqidah defines this bond.

Sorry, nak jiwang kat sini. Mereka ialah kakak dan abang seperjuangan saya. (Really feel like adik amongst them)

Saturday, May 25, 2013

Kata-kata Juga Akan Sentiasa Diuji

Assalamualaikum.

Terutamanya untuk orang yang ada kesedaran membawa Islam dan kebenaran, ya, kita ingin membawa kebenaran.

Dan kerana syaitan akan berusaha sedaya upaya untuk memadamkan cahaya kebenaran Allah, dan nak menarik seramai mungkin anak Adam ke neraka bersamanya, maka syaitan akan terus-menerus mengaburi mata dan perasaan, sehingga apa yang benar nampak salah dan yang salah nampak benar.

Hanya Allah sebaik-baik pelindung.

Apa yang kita kata hari ini, mungkin akan diuji pada masa hadapan. Sedar atau tidak.


Friday, May 24, 2013

Cerita: Thariqah Tergopoh-gapah dan Tolak Ulama

Assalamualaikum.

Hairan. Macam mana orang boleh cakap thariqah HT merupakan jalan yang tergesa-gesa untuk mencapai penegakan Khilafah buat kali kedua?

[Oo... nak cakap cara Nabi saw tu cara tergopoh-gapah ye?]

Amat menghairankan lagi tidak dapat dipercayai setelah saya sendiri duduk di dalamnya.

[Diorang tak tahu, Cik Khai. Yang lagi sedih, diorang tak pernah pun mendalami sirah Rasulullah dan thariqah baginda saw, dan apabila diorang dengar thariqah yang asing lagi isolated ni, terus diadili di mata mereka sebagai jalan yang tergopoh-gapah.]

Maksudnya orang yang mengatakan sedemikian mungkin:

  1. Hanya terikut-ikut kata manusia lain tanpa menyiasat kebenarannya, bertentangan dengan ayat Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6.
  2. Berjuang untuk Islam hanya dengan modal sedia ada, tanpa ada keinginan untuk menambah ilmu, mendengar kata-kata orang lain yang tidak mereka tahu benar atau salah.
  3. Menghukum dengan pandangan mata mereka, akal mereka yang terbatas tanpa mengingati bahawa thariqah Rasulullah merupakan jalan yang berlandaskan wahyu Allah SWT, dan Allah tidak terbatas.
  4. Tidak ada semangat mencari ilmu.
  5. Tidak ada muhasabah terhadap usaha-usaha mereka.
[Cik Khai, you cakap siapa ni?]

Ada la. Orang-orang sekeliling I yang pernah I bagitahu diorang tentang thariqah Rasulullah ni la. Malang gila, thariqah Rasulullah ni dianggap sebagai thariqah HT. 

[Siapa yang cakap thariqah yang uoollss guna ni thariqah Rasulullah?]

Syeikh Taqiyyuddin an-Nabhani, pengasas HT. Beliau berijtihad dengan segala sumber hukum dan juga sirah Rasulullah saw, so macam itu la dia jumpa cara Rasulullah menegakkan negara Islam pertama. Memang Rasulullah dan para sahabat tak pernah cakap cara nak tegakkan negara Islam adalah dengan tiga step ini iaitu sekian sekian sekian. Tengok tiga step tu, ada tak dalam sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat?

[Ohh... so maksudnya betullah HT ni tak tolak ulama ye Cik Khai?]

Sejak bila la kitorang tolak ulama... kalau kitorang tolak ulama, tak adanya kitorang ikut bersama dalam HT ni. Sebab HT sendiri diasaskan oleh ulama.

[Habis tu asal I dengar you all tolak ulama yang sekarang? You all ambik pendapat ulama HT je kan?]

Ah-hah. Kitorang diajar untuk tengok kekuatan hujah ulama tersebut, selari atau tidak dengan 4 sumber hukum utama umat Islam iaitu: Al-Quran, Sunnah, Ijma Sahabat dan Qias.

Ulang suara: Ijma SAHABAT ye, bukan ijma ulama.

Ijma ulama tak masuk dalam 4 sumber teratas tu.

Jadi selagi hujah ulama tu selari dengan 4 sumber utama tu, maka ia diterima.

[Kenapa ijma sahabat bukan ijma ulama? Bukan ke yang hidup sekarang ni ialah ulama? Nabi saw pun pernah cakap ulama ni pewaris nabi.]

Nabi saw pun pernah bagitahu yang pada akhir zaman ni jugak akan ada ulama yang menipu umat. Jangan dilupakan yang itu jugak. Sebab itu kita kena tengok hujah ulama tersebut. Dan kalau fikir, sahabat ialah orang yang ada bersama-sama Rasulullah, diorang tahu banyak berbanding ulama yang tidak wujud pada zaman Rasulullah. Kita nak percaya yang mana dulu?

to be continued...