Friday, March 29, 2013

Adakah Bercinta Itu Akan Memberikan Kegembiraan Hakiki?

Assalamualaikum.

Pernah tak kita berusaha keras untuk mendapatkan duit?

Dengan usaha sebanyak satu kilogram kita dapat duit sebanyak sekantung.

Dengan usaha sebanyak dua kilogram kita dapat duit sebanyak dua kantung.

Dan seterusnya... hingga akhirnya matlamat kerja itu hanyaah untuk mengejar duit. Semakin kita kerja, rupanya kita semakin mengejar duit.

Akhirnya baru perasan... eh eh duit yang diperolehi selama ini tak pernah cukup la.

Kerja dan kantung duit pertama itu menghasilkan kegembiraan kepada kita. Kemudian kita pun cakap kat diri sendiri, kena kerja lagi keras untuk dapat kantung duit yang lagi banyak ni.

Bila dapat duit, kita semakin mahu duit yang lebih banyak, dan mahu, dan mahu lagi.

Adakah itu dinamakan kegembiraan?

Happiness is not satisfying sensual pleasures, it is rather attaining the pleasure of Allah SWT.
Undertaking actions according to the commands and prohibitons of Allah SWT is the only way that provides Muslim with tranquility.
[The System of Islam][Nidham ul Islam]

Tak dinafikan satu ketika dulu, masa umur belum sampai angka dua di depan, kepala saya pernah dijajah dengan idea "cinta" antara lelaki dan perempuan. Sampai dikritik asyik bercakap pasal cinta.

Saya pernah memandang bahawa perkahwinan itu akan membawa ultimate happiness - dari perspektif seorang yang belum pernah bercinta (in terms of lovey-dovey with man outside from the family).

Saya memandang 'cinta Islamik' itu benar, dan akan membawa kebahagiaan. So very novel-like.

Hanya apabila bertemu dengan Islam sebenar, baru saya faham macam mana seorang perempuan bercinta dengan seorang lelaki (dalam hubungan perkahwinan).

Kenapa kena kahwin?

Bukan untuk membolehkan cerita dalam 'novel' itu berterusan macam cerita Barbie.

Perkahwinan ditetapkan dalam syariah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan.

Eh, kenapa kena dihalalkan hubungan lelaki-perempuan?

Sebab Allah ciptakan manusia dengan naluri ingin berpasangan, jadi naluri itu mesti disalurkan kepada tempat yang betul... bukan boleh dipuaskan mengikut idea manusia.
Itu yang kena difahami betul-betul.

Bukannya tak boleh bercinta lepas kahwin, sebaliknya itulah yang perlu. Tapi kena difahami erti perkahwinan tu bukan sekadar nak shuwwit muwwitt je.

Kalau suami kena pergi berjihad, ada sanggup tak isteri mahu lepas?

Marriage doesn't solve problems you have before, it may solve some but brings about other problems.

Dan masalah-masalah itu juga yang kena diselesaikan mengikut syariah.

Perkahwinan ialah salah satu peraturan syariah yang menyediakan landasan yang halal di sisi Allah untuk hubungan lelaki-perempuan.

Bukan landasan untuk bercinta dengan orang yang kita suka sahaja.

In respect to man's organic needs and instincts, Islam has organised them in a way that ensures the satisfaction of them all, such as the stomach need, the production need or the others.
However, this organisation is not done by satisfying some of them at the expenses of the others; nor by suppressing of the, setting others loose, or setting all of them loose. 
Instead, Islam has co-ordinated all of them and satisfied all of them by a precise system which offers man delight and comfort and prevents him from lapsing to the level of the animal through the anarchism of instincts.
 [Nidham ul Islam]

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment