Thursday, March 28, 2013

Tempang vs Sempurna. Majoriti vs Minoriti.

Assalamualaikum.

Pernah membayangkan diri anda tercampak dalam kalangan orang yang semuanya tempang? Dan hanya anda yang berjalan dengan betul dan sempurna.

Adakah semua orang tempang itu akan memandang anda normal, atau anda yang cacat? Atau adakah mereka akan memandang diri mereka sendiri yang cacat?

Kalau pemikiran mereka bersandarkan kepada majoriti adalah yang semestinya benar, maka cacatlah anda dalam kalangan mereka.

Melainkan ada seorang yang juga tempang dalam kelompok tempang itu, yang berjaya berfikir di luar kotak, keluar daripada mentaliti 'majoriti adalah yang benar' tu. Pasti dia akan berusaha untuk tidak tempang, cuba memperbaiki keadaan dirinya sendiri, supaya menjadi orang yang berjaya berjalan dengan sempurna.

Dan dalam usahanya untuk menjadi tidak tempang itu, pastilah semua si tempang sekampung itu akan mentertawakannya. Maka habislah dia kena reject dan dibantai kerana usaha pembaharuannya yang ilihat sebagai minoriti.

"Majoriti adalah yang semestinya benar, dan minoriti pasti salah."

Sungguh berat nanang bentuk pemikiran seperti ini.

Pada satu hari, ada sepasukan harimau datang menyerang kampung orang tempang ni. Maka anda dan dia yang pernah tempang-kini dapat berjalan dan berlari sempurna- pun berlari sekuat hati daripada harimau itu, meninggalkan mereka yang tempang... maka mereka yang selama ini merasakan ketempangan mereka itu adalah kebenaran dimakan harimau-harimau itu.

See? Mana mungkin kita dapat menyempurnakan ketempangan.

Sama la dengan demokrasi. Takkanlah dapat kita 'meng-Islam-kan' demokrasi yang lahirnya daripada akidah pemisahan agama daripada kehidupan.

Walaupun majoriti manusia hari ini melihat demokrasi sebagai cara untuk menegakkan negara Islam...

Sama la kalau majoriti orang tempang fikir bahawa dengan ketempangan mereka, pasti mereka boleh lari daripada harimau itu.

Walaupun minoriti manusia berfikir bahwa Islam hanya akan tegak dengan Khilafah... kalau itu cara yang benar maka yang benar akan tegak.

Sama la dengan manusia yang dapat berlari sempurna itu, berjaya melepaskan diri dari harimau tersebut.

AKIDAH

Anda beragama Islam?

Ya.

Semua orang Islam mengaku agama mereka ialah Islam. Akidah kita ialah Islam. Apa fungsi akidah ni? Untuk diletakkan dalam IC? Nak suruh nampak cantik? Atau akidah ni tak ada fungsi?

Akidah sepatutnya comprises semua masalah kita, dan menyediakan penyelesaian. Masalah kahwin, akidah kita kena ada penyelesaiannya. Masalah ekonomi pun tak terkecuali, kena diselesaikan berdasarkan akidah kita. Masalah najis anak kecik, pun kena ada dalam akidah kita.

Daripada akidah juga harus lahir fikrah. Fikrah ni ialah cara berfikir.

Ada masalah.

Untuk selesaikan masalah kita kena berfikir.

Dari mana sumber kita untuk memikirkan penyelesaian masalah tu?

Akidah.

Kalau akidah salah, cara berfikir turut salah dan penyelesaian untuk segala masalah kita dalam dunia ni akan jadi salah.

Contoh.

Kita orang Islam, akidah kita ialah akidah Islamiyyah.

Masalah hari ini: masalah MINYAK contohnya.

Minyak mahal. Puncanya ialah sumber minyak diswastakan (ada orang jumpa sumber minyak lalu menjadikan sumber minyak itu kepunyaannya). (Contoh paling cerah depan mata: Petronas)

Apabila minyak diswastakan maka dia boleh jual semahal mana yang dia mahu.

Apabila rujuk kepada akidah: Dalam Islam sumber yang tak berhenti mengalir seperti minyak tak boleh dijadikan hak milik persendirian. Ia kena jadi hak milik umum. Semua orang mesti kena boleh guna.

Apabila tidak rujuk akidah, penyelesaiannya tak tercapai. Ada yang mencadangkan penyelesaian yang bersumber dari akal manusia, tapi sebab manusia terbatas, idea penyelesaiannya itu tak dapat memenuhi kehendak dan memuaskan hati semua orang.

Lalu jadi perbalahan.

Kalau akidah betul, maka cara berfikir akan jadi betul, kita akan jumpa penyelesaian yang sebenar.

Apakah ada akidah lain yang benar selain Islam?

DEMOKRASI BUKAN BERASAL DARI AKIDAH ISLAM

Allah turunkan Nabi untuk menyampaikan apa syariatnya.

Nature manusia: ada naluri ingin menyembah. Naluri menjadi hamba kepada Tuhan.

Kalau dibiarkan manusia menyembah Tuhan mengikut kehendak hati maka habislah kucar-kacir cara kita manusia menyembah Tuhan.

Sebab itu Nabi diturunkan untuk ajar cara menyembah Allah. Sebab itu Nabi tu Messenger of Allah. Baginda menyampaikan syariat daripada Allah kepada kita manusia.

Bukan setakat solat je yang Nabi sampaikan kepada kita, semua bentuk syariat yang mengatur kehidupan manusia Nabi sampaikan kepada kita.

Syariat tu daripada mana?

Allah.

Termasuklah cara untuk organize manusia atau benda yang disebutkan sebagai politik.

Nabi tak pernah ajar kita guna demokrasi.

Nabi ajar kita sampaikan Islam dengan dakwah, dengan cara berfikir, bukan sekadar emosi.

Nabi tak ajar kita tegakkan Islam dengan menggunakan demokrasi. Sebab demokrais bukan daripada Allah.

Demokrasi itu asalnya daripada manusia.

Nabi bukan menyampaikan benda yang asal dari manusia untuk dilaksanakan oleh manusia lain.
\
Nabi menyampaikan risalah dari Allah SWT kepada manusia.

0 Throw your words, write good:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment