Sunday, March 31, 2013

Jiwa Kacau, Mengenal Diri Tiada

Assalamualaikum.

Sebagai pelajar medik, bila kitorang kena belajar certain diseases; say there's a disease caused by parasites. Maksudnya kitorang kena faham rupa, infective mode dan tahap kejahatan parasite tu baru boleh faham penyakit tu.

Same goes to myself when I am to understand myself. Bila rasa tak senang hati dengan orang, annoyed by others... sakit hati... sedih. Saya kena faham dulu kenapa saya rasa macam itu, kenapa orang itu rasa macam itu.

Bila faham penyebab dan pathophysiology dia barulah boleh bertenang.

Ini dinamakan proses mengenal diri.

Kalau tak kenal diri, jiwa akan selalu kacau.

Jiwa kacau maka datang tekanan.

Alhamdulillah nikmat Allah bagi...

Apabila menemui Islam yang sebenar maka banyak benda yang dipermudahkan untuk difahami, walaupun dakwah itu susah.

Rupanya kuasa sembil selama ini bukan datang begitu sahaja, ada mekanism dia rupanya.


Saturday, March 30, 2013

Orang Baling Tahi Kita Bagi Bunga

Assalamualaikum.


Bukannya tidak pernah ada orang yang datang memperingatkan kamu tentang dosa mengumpat.

Ternyata kamu memandang mengumpat itu hanya sebagai cela kecil bak parut dicakar kucing.

Dan ternyata kamu lebih seronok mengumpat berbanding takut dengan dosa mengumpat.

Tidak mengapalah. Tidak terjatuh atas bahu saya untuk menghukum kamu.

Bukan saya yang bertanggungjawab mengawal cara kamu berfikir dan apa yang kamu fikir terhadap saya. Otak kamu, hati kamu ialah di bawah kekuasaan kamu. Bukan saya.

Jadi untuk apa saya marah?

Saya hanya simpati sebab kamu gagal untuk hidup dengan rasa sedar akan pemikiran negatif itu.

Kamu ingin saya derita?

My life isn't going the way you or me want it, but clearly it goes the way how Allah has planned for me.

Keinginan kamu untuk melihat saya derita itu adalah hasil pemikiran kamu, bukan saya. Jadi masalah itu bukannya masalah saya. Obviously it is from you.


Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Jadi buatlah baik seadanya, jangan sesekali mengkhianati atau menzalimi orang lain.

Saya sudah buat apa yang saya boleh buat. Terpulang kamu selepas ini. 

What is within my free wills, I did it and hopefully it can kill down your kerek at least.

5c51bp1bnjh18i3cofkhe6hr9qkifsnb

Friday, March 29, 2013

Adakah Bercinta Itu Akan Memberikan Kegembiraan Hakiki?

Assalamualaikum.

Pernah tak kita berusaha keras untuk mendapatkan duit?

Dengan usaha sebanyak satu kilogram kita dapat duit sebanyak sekantung.

Dengan usaha sebanyak dua kilogram kita dapat duit sebanyak dua kantung.

Dan seterusnya... hingga akhirnya matlamat kerja itu hanyaah untuk mengejar duit. Semakin kita kerja, rupanya kita semakin mengejar duit.

Akhirnya baru perasan... eh eh duit yang diperolehi selama ini tak pernah cukup la.

Kerja dan kantung duit pertama itu menghasilkan kegembiraan kepada kita. Kemudian kita pun cakap kat diri sendiri, kena kerja lagi keras untuk dapat kantung duit yang lagi banyak ni.

Bila dapat duit, kita semakin mahu duit yang lebih banyak, dan mahu, dan mahu lagi.

Adakah itu dinamakan kegembiraan?

Happiness is not satisfying sensual pleasures, it is rather attaining the pleasure of Allah SWT.
Undertaking actions according to the commands and prohibitons of Allah SWT is the only way that provides Muslim with tranquility.
[The System of Islam][Nidham ul Islam]

Tak dinafikan satu ketika dulu, masa umur belum sampai angka dua di depan, kepala saya pernah dijajah dengan idea "cinta" antara lelaki dan perempuan. Sampai dikritik asyik bercakap pasal cinta.

Saya pernah memandang bahawa perkahwinan itu akan membawa ultimate happiness - dari perspektif seorang yang belum pernah bercinta (in terms of lovey-dovey with man outside from the family).

Saya memandang 'cinta Islamik' itu benar, dan akan membawa kebahagiaan. So very novel-like.

Hanya apabila bertemu dengan Islam sebenar, baru saya faham macam mana seorang perempuan bercinta dengan seorang lelaki (dalam hubungan perkahwinan).

Kenapa kena kahwin?

Bukan untuk membolehkan cerita dalam 'novel' itu berterusan macam cerita Barbie.

Perkahwinan ditetapkan dalam syariah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan.

Eh, kenapa kena dihalalkan hubungan lelaki-perempuan?

Sebab Allah ciptakan manusia dengan naluri ingin berpasangan, jadi naluri itu mesti disalurkan kepada tempat yang betul... bukan boleh dipuaskan mengikut idea manusia.
Itu yang kena difahami betul-betul.

Bukannya tak boleh bercinta lepas kahwin, sebaliknya itulah yang perlu. Tapi kena difahami erti perkahwinan tu bukan sekadar nak shuwwit muwwitt je.

Kalau suami kena pergi berjihad, ada sanggup tak isteri mahu lepas?

Marriage doesn't solve problems you have before, it may solve some but brings about other problems.

Dan masalah-masalah itu juga yang kena diselesaikan mengikut syariah.

Perkahwinan ialah salah satu peraturan syariah yang menyediakan landasan yang halal di sisi Allah untuk hubungan lelaki-perempuan.

Bukan landasan untuk bercinta dengan orang yang kita suka sahaja.

In respect to man's organic needs and instincts, Islam has organised them in a way that ensures the satisfaction of them all, such as the stomach need, the production need or the others.
However, this organisation is not done by satisfying some of them at the expenses of the others; nor by suppressing of the, setting others loose, or setting all of them loose. 
Instead, Islam has co-ordinated all of them and satisfied all of them by a precise system which offers man delight and comfort and prevents him from lapsing to the level of the animal through the anarchism of instincts.
 [Nidham ul Islam]

Apa yang Kamu Fikir Terhadap Orang Lain Adalah Fikiran Kamu Sendiri.

Assalamualaikum.

Dunia is a test. Why Prophet Muhammad saw is the last Prophet and no prophet after him, that is also a test. Because people followed Rasulullah while he was in this dunia, so Allah tests us; are we still grabbing the aqidah despite the absence of Rasulullah saw.

So do our lives.


There's some matter that we concern, and we can change it, definitely. Seperti: result peperiksaan, hendak menutup aurat atau menutup aurat. Nak makan ke tidak. Apa-apa saja kesan daripada perbuatan yang dalam kuasa kita, akan dipertanggungjawabkan kepada kita. Tak nak makan, kalau masuk angin atau gastrik maka itu salah diri sendiri. Usah disalahkan orang lain. We are free to do anything but restricted by commands and prohibition of Allah SWT, in which the commands and prohibitions are also within our free wills. Nak solat ke tidak, nak puasa ramadhan ke tidak... nak mencuri ke tidak... kalau kamu bertakwa maka kamu buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang.

There's some matter that we may concern, but unfortunately we can't even change it. Named qadha. Contohnya: hujan pada hari ini, atau kemalangan motosikal yang berlaku ke atas kamu, atau kena halau keluar dewan kuliah sebab lewat datang. Kejadian yang di luar kuasa kita tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas kita. Ada hikmah yang Allah sahaja tahu di sebalik kejadian itu semua.

Same goes to others' perception about us. Of course we want to give the best impression of ourselves towards our friends and people around us, but to be careful not to the extend we're not being our true selves. 

Kita ingin menggembirakan orang lain, itu termasuk dalam bidang kuasa kita... jadi kita buat apa sahaja yang kita mampu asalkan tidak menyusahkan kita. Tetapi kalau orang tetap mahu fikir negatif pasal kita maka itu adalah di luar kuasa kita untuk mengubah pemikirannya.

Pemikiran orang lain bukannya bawah kuasa kita. Even the greatest hacker couldn't have change others' thought. 

Pemikiran seseorang itu adalah pemikiran dia. Bukan salah kita dia nak fikir apa pun pasal kita. 

I tried my best to be good, to the extend that I am already exhausted. Till then, I realized, I try to please you but my way never goes the same as you are. Rupanya itu bukannya dalam kuasa saya untuk mengubah pemikiran kamu. It is qadha upon me that you ignore me. Ada la hikmah Allah buat macam tu. It is a test. 

This test makes me understand what is 'redha manusia'. Kita takkan dapat menggembirakan hati orang lain.

Kegembiraan seringkali ditafsirkan sebagai perasaan suka apabila mendapat sesuatu yang diinginkan. Hari ini saya jumpa definisi terbaru untuk kegembiraan:

For Muslims, happiness means to attain the pleasure of Allah swt. 



Thursday, March 28, 2013

Tempang vs Sempurna. Majoriti vs Minoriti.

Assalamualaikum.

Pernah membayangkan diri anda tercampak dalam kalangan orang yang semuanya tempang? Dan hanya anda yang berjalan dengan betul dan sempurna.

Adakah semua orang tempang itu akan memandang anda normal, atau anda yang cacat? Atau adakah mereka akan memandang diri mereka sendiri yang cacat?

Kalau pemikiran mereka bersandarkan kepada majoriti adalah yang semestinya benar, maka cacatlah anda dalam kalangan mereka.

Melainkan ada seorang yang juga tempang dalam kelompok tempang itu, yang berjaya berfikir di luar kotak, keluar daripada mentaliti 'majoriti adalah yang benar' tu. Pasti dia akan berusaha untuk tidak tempang, cuba memperbaiki keadaan dirinya sendiri, supaya menjadi orang yang berjaya berjalan dengan sempurna.

Dan dalam usahanya untuk menjadi tidak tempang itu, pastilah semua si tempang sekampung itu akan mentertawakannya. Maka habislah dia kena reject dan dibantai kerana usaha pembaharuannya yang ilihat sebagai minoriti.

"Majoriti adalah yang semestinya benar, dan minoriti pasti salah."

Sungguh berat nanang bentuk pemikiran seperti ini.

Pada satu hari, ada sepasukan harimau datang menyerang kampung orang tempang ni. Maka anda dan dia yang pernah tempang-kini dapat berjalan dan berlari sempurna- pun berlari sekuat hati daripada harimau itu, meninggalkan mereka yang tempang... maka mereka yang selama ini merasakan ketempangan mereka itu adalah kebenaran dimakan harimau-harimau itu.

See? Mana mungkin kita dapat menyempurnakan ketempangan.

Sama la dengan demokrasi. Takkanlah dapat kita 'meng-Islam-kan' demokrasi yang lahirnya daripada akidah pemisahan agama daripada kehidupan.

Walaupun majoriti manusia hari ini melihat demokrasi sebagai cara untuk menegakkan negara Islam...

Sama la kalau majoriti orang tempang fikir bahawa dengan ketempangan mereka, pasti mereka boleh lari daripada harimau itu.

Walaupun minoriti manusia berfikir bahwa Islam hanya akan tegak dengan Khilafah... kalau itu cara yang benar maka yang benar akan tegak.

Sama la dengan manusia yang dapat berlari sempurna itu, berjaya melepaskan diri dari harimau tersebut.

AKIDAH

Anda beragama Islam?

Ya.

Semua orang Islam mengaku agama mereka ialah Islam. Akidah kita ialah Islam. Apa fungsi akidah ni? Untuk diletakkan dalam IC? Nak suruh nampak cantik? Atau akidah ni tak ada fungsi?

Akidah sepatutnya comprises semua masalah kita, dan menyediakan penyelesaian. Masalah kahwin, akidah kita kena ada penyelesaiannya. Masalah ekonomi pun tak terkecuali, kena diselesaikan berdasarkan akidah kita. Masalah najis anak kecik, pun kena ada dalam akidah kita.

Daripada akidah juga harus lahir fikrah. Fikrah ni ialah cara berfikir.

Ada masalah.

Untuk selesaikan masalah kita kena berfikir.

Dari mana sumber kita untuk memikirkan penyelesaian masalah tu?

Akidah.

Kalau akidah salah, cara berfikir turut salah dan penyelesaian untuk segala masalah kita dalam dunia ni akan jadi salah.

Contoh.

Kita orang Islam, akidah kita ialah akidah Islamiyyah.

Masalah hari ini: masalah MINYAK contohnya.

Minyak mahal. Puncanya ialah sumber minyak diswastakan (ada orang jumpa sumber minyak lalu menjadikan sumber minyak itu kepunyaannya). (Contoh paling cerah depan mata: Petronas)

Apabila minyak diswastakan maka dia boleh jual semahal mana yang dia mahu.

Apabila rujuk kepada akidah: Dalam Islam sumber yang tak berhenti mengalir seperti minyak tak boleh dijadikan hak milik persendirian. Ia kena jadi hak milik umum. Semua orang mesti kena boleh guna.

Apabila tidak rujuk akidah, penyelesaiannya tak tercapai. Ada yang mencadangkan penyelesaian yang bersumber dari akal manusia, tapi sebab manusia terbatas, idea penyelesaiannya itu tak dapat memenuhi kehendak dan memuaskan hati semua orang.

Lalu jadi perbalahan.

Kalau akidah betul, maka cara berfikir akan jadi betul, kita akan jumpa penyelesaian yang sebenar.

Apakah ada akidah lain yang benar selain Islam?

DEMOKRASI BUKAN BERASAL DARI AKIDAH ISLAM

Allah turunkan Nabi untuk menyampaikan apa syariatnya.

Nature manusia: ada naluri ingin menyembah. Naluri menjadi hamba kepada Tuhan.

Kalau dibiarkan manusia menyembah Tuhan mengikut kehendak hati maka habislah kucar-kacir cara kita manusia menyembah Tuhan.

Sebab itu Nabi diturunkan untuk ajar cara menyembah Allah. Sebab itu Nabi tu Messenger of Allah. Baginda menyampaikan syariat daripada Allah kepada kita manusia.

Bukan setakat solat je yang Nabi sampaikan kepada kita, semua bentuk syariat yang mengatur kehidupan manusia Nabi sampaikan kepada kita.

Syariat tu daripada mana?

Allah.

Termasuklah cara untuk organize manusia atau benda yang disebutkan sebagai politik.

Nabi tak pernah ajar kita guna demokrasi.

Nabi ajar kita sampaikan Islam dengan dakwah, dengan cara berfikir, bukan sekadar emosi.

Nabi tak ajar kita tegakkan Islam dengan menggunakan demokrasi. Sebab demokrais bukan daripada Allah.

Demokrasi itu asalnya daripada manusia.

Nabi bukan menyampaikan benda yang asal dari manusia untuk dilaksanakan oleh manusia lain.
\
Nabi menyampaikan risalah dari Allah SWT kepada manusia.

Tuesday, March 26, 2013

Ustaz dan Ustazah: Golongan yang Bercakap Pasal Agama, Dakwah (and stuff)

Assalamualaikum.

Seringkali (dan tak asing lagi) saya dengar, bila seorang kawan kita ni mula bercakap soal hukum-hakam dalam agama, mula ajak dakwah sana-sini, kawan-kawan yang lain akan mula memanggilnya ustazah.

Abang saya pun panggil saya macam tu.

Tetapi, pernah tak fikir macam mana boleh wujud golongan yang namanya ustaz ustazah ni? Masa zaman Nabi dulu ada tak? Masa zaman Islam gilang-gemilang dulu ada tak ustaz dan ustazah ni? Maksud saya ustaz ustazah yang selalunya dianggap hebat dalam ilmu agama, hukum-hakam dan segala bagai benda berkaitan agama.

Kenapa kita sebagai orang Islam tidak menguasai sepenuhnya agama Islam tu sampai kita kena rujuk ustaz ustazah dalam segala bagai hal, dari sekecik-kecik benda (najis binatang contohnya) sampai benda yang besar (politik contohnya)?

Memang tak salah kita bertanya kepada yang tahu, tapi takkan selamanya kita tak nak berusaha untuk mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya melekat dalam kepala?

Inilah masalahnya. Kita betul-betul dipisahkan dengan agama Islam yang sebenar. Islam dipisahkan daripada kehidupan sebenar. Kita tak apply apa yang ada dalam Islam (yang diturunkan oleh Allah) sampai kita tak tahu banyak benda pasal Islam.

Secularism, I say?

Sorry much.



Saturday, March 23, 2013

Kenapa Islam Tak Boleh Tegak dengan Demokrasi?

Assalamualaikum.

Sudah-sudah la melepas perasaan tu hihih.

Serius.

Khilafah pulak.

Tak ada pun orang tanya saya, tapi saya sengaja nak bagi jawapan tanpa soalan supaya nanti saya tak dipersalahkan kerana tak memberitahu. Sebelum orang tanya, baiklah saya cakap dulu.

Apakah itu khilafah?

Khilafah ni ialah sistem pemerintahan Islam. Firstly, kita ada agama Islam, yang bukan sekadar agama, tapi Islam jugak ialah sebuah idea. Yes, it is an idea.

So? Islam ialah idea... then what?

Sesebuah idea hanya akan tinggal jadi ieda tanpa ada penerapannya. Nak menerapkan idea tu kena ada cara dia. Ikut Engrish kita panggil method. Ikut arab kita panggil thariqah.

Idea+method=ideology.

Ideologi ni dalam bahasa arab ialah mabda.

Apakah cara kita untuk melaksanakan/menerapkan Islam tu?

Khilafah.

Ada nampak tak?

Tanpa cara yang sistematik dan tersusun, maka mustahil benor la nak tegakkan Islam.

Okay, itu Islam.

Sekarang ni nak cakap pulak pasal kapitalism dan demokrasi.

Kapitalism berasal daripada pemisahan agama daripada kehidupan. So cara mereka berfikir turut dipengaruhi oleh pemahaman ini.

Maka diorang buat semua benda ikut suka hati diorang, sebab dah tak tak percaya pada agama.

Disebabkan pemikiran seperti ini la... diorang mempunyai kebebasan dan mempertahankan hak kebebasan itu...

1. kebebasan berakidah - tahun ni masuk Kristian, tahun depan masuk Islam, tahun depan lg sekali Buddha pulak

2. kebebasan berpendapat- termasuk kebebasan bersuara

3. kebebasan hak milik- saya jumpa sumber minyak, so minyak ni saya punya. mahu jual kah, mahu beri pada orang kah... suka hati saya...

4. kebebasan peribadi

Jauh bertentangan dengan Islam, di mana segala aspek dalam kehidupan kita dah digariskan peraturannya oleh Allah SWT melalui Al-Quran dan sunnah.

Dan daripada idea kapitalis ni, lahir la demokrasi. Asalnya juga daripada pemisahan agama dari kehidupan.

Demokrasi ialah method/cara untuk diorang menerapkan kapitalism ni...

Demokrasi ni merupakan cara diorang untuk organize masyarakat. Dikatakan rakyat berhak memilih pemimpin, berhak mengubah undang-undang ikut suka hati dorang... dan paling tak asing yang kita dengar: DEMOKRASI MENGAMBIL SUARA MAJORITI.

Tapi apa yang terjadi ialah: HANYA SUARA MINORITI YANG DIAMBIL.

Pernah ke wakil rakyat datang ke rumah kamu jumpa kamu sekeluarga untuk berbincang tentang undang-undang yang nak dijalankan di Malaysia?

Atau pernah ke kita semua dipanggil untuk bermesyuarat tentang undang-undang yang nak dijalankan?

Sedar-sedar je dah ada la pulak undang-undang tu.

Dan lima tahun kemudian, undang-undang tu dah berubah secara tiba-tiba.

Sedangkan prinsip demokrasi adalah untuk mengambil suara majoriti dalam semua pelaksanaan dan penggubalan undang-undang.

Maksudnya demokrasi tu tak relevan. Mustahil kita nak kumpul semua orang sekampung, sedaerah, senegeri atau senegara untuk memilih pemimpin, nak gubal undang-undang.

Dalam Islam, tak payah dah nak gubal undang-undang itu ini... sebab undang-undang yang digunapakai berasal dari Allah SWT.

Dah ada dalam Quran dah. Tak payah kumpul orang kampung.

Kita wajib melaksanakan undang-undang yang Allah suruh.

Dalam sistem Khilafah, undang-undang yang dipakai asalnya dari Quran, daripada Allah.

Kenapa tak nak pakai undang-undang konvensional?

Sebab undang-undang konvensional ni asalnya dari manusia yobb... manusia ni memang la ada akal tapi akal kita terbatas yobb.

Allah tak terbatas yobb... Dia pencipta kita dan semua benda yang ada.

Kesimpulan:

Idea: Islam.
Cara penerapan: Khilafah

Idea: Kapitalism
Cara penerapan: demokrasi

Maka masihkah relevan untuk berjuang menegakkan Islam dengan cara demokrasi??

Friday, March 22, 2013

I Miss Her

I love her
Much
I realize there's no word would elaborate my  feeling towards her
Although I was used to pull her hair (I was 5 years old that time)
Despite of the scar she left on my abdomen (by her tooth you knowww)
Regardless the fights we had back then
They were only ways we used to show love as immature kids

I miss her
I miss to listen to her jokes
(because I am the only one who would understand her jokes, no one else do)

Allah, give her strength to face the world
Give her knowledge to face people
Let her become a person who is fulfilled with your love, and our love

I do not want her to become weak
I want her to become strong
Stronger than me

Manja pun manja la
I don't care
Because I love her as the she is

Allah, give her strength, make her the strongest

Let her learn

I love you

Thursday, March 21, 2013

SPM dan Hidup di Zaman Kapitalis

Assalamualaikum.

Masa abang fly ke Jepun dulu, saya berumur 16 tahun lebih (yang sebenarnya kalau ikut tahun saya berusia 17 tahun masa itu heheh tak nak mengaku tua). Sama dengan tingkatan lima la. Disebabkan abang saya dapat fly ke luar negara, maka peristiwa terbang ke luar negara itu menjadi tekanan dan pendorong untuk saya belajar bersungguh-sungguh.

Apa yang saya lihat pada waktu itu ialah: saya mesti belajar sungguh-sungguh (tanpa mempedulikan orang lain) untuk dapat straight A, lepas tu apply biasiswa dan terbang ke luar negara (masa tu tak ada specific target lagi untuk ke mana-mana).

Jelas di situ. Straight A. Biasiswa. Fly oversea.

Alhamdulillah, dapat.

Tapi, itu hanya kejadian yang berlaku kepada sesetengah daripada pelajar-pelajar di Malaysia. Sebahagian kecil yang terpilih.

Masa tu saya terfikir, macam mana kalau saya tak dapat straight A? Macam mana kalau saya tak berkelayakan untuk masuk mana-mana program asasi dan matrikulasi yang ada? Mati agaknya yang saya fikir. Gelap terus masa depan.

Saya tiba-tiba terfikir hari ini, kenapa saya terllau mengejar biasiswa dan pengajian perubatan luar negara? (Sebenarnya awal-awal dulu tak kisah pun luar negara ke tidak asalkan dapat masuk medik)

Kenapa nak jadi doktor? Heheh tipulah kalau saya kata jawapan saya adalah untuk membantu mereka yang sakit, menolong orang Melayu dan mereka yang memerlukan. Jadi cikgu lagi best pada fikiran saya ni. Jadi babysitter pun, bukak nursery jaga anak orang pun canggih jugak. Tapi kenapa saya rela pilih medik?

Sebenarnya dalam kepala ada fikiran yang ingin mengejar duit. Sebab doktor dikenali sebagai orang yang berduit nak-nak bila buat banyak on call dan jadi specialist. Oh itu fikiran umur 17 tahun ye.

Kenapa tak nak jadi miskin?

Sebab hidup zaman sekarang ni memang kena ada duit. Nak gerak sikit je dah kena keluar duit. Siapa tak ada duit tak boleh jadi manusia. Tak dapat makan, tak dapat berkeluarga...

Untuk jadi orang yang berduit maka kena ada kerja yang bagus. Oh baru sedar apa yang saya buat selama ini adalah untuk kerja yang bagus dan duit.

Itulah maksud kehidupan pada zaman kapitalis ini. Kita orang muda mungkin kurang faham. Cuba tanya mak ayah yang setiap hari garu kepala sampai habis gugur kelemumur dan segala rambut yang ada. Macam mana diorang fikir nak bagi kita makan eh? Kalau yang kaya mungkin tak rasa sangat kot, cuba tanya mak ayah kawan-kawan yang kurang berkemampuan.

Sementelah harga barang makin naik... masuk universiti pun tak menjamin keluar nanti akan terus dapat kerja... nak masuk belajar kena bayar ribu-riban...

Kalau ada Khilafah kan senang yobb... pendidikan menjadi tanggungjawab Khilafah. Ekonomi tak seteruk hari ini. Kalau kita tak ada kerja pun boleh hidup yob... semua orang tak kejar duit waktu tu. Yang dikejar hanyalah redha Allah dalam kehidupan di dunia.




Wednesday, March 20, 2013

We're Bound by Aqidah

Bismillah. Assalamualaikum.

Hai. Semalam tertulis entri jiwang. Okey sebenarnya 'tertulis' tu sebenarnya maksud dia ialah 'menulis'. Writing such post like that... it was within my free will.

Today Allah mades me realize how He bound me and them by aqidah. Diberikan situasi, kami yang seramai beberapa orang ni bertemu dalam usrah. [Kepada mereka yang geli dengan term ni, saya mintak maap kayh. Usrah ni kalau ikut bahasa gengster kampung nibung belakang rumah tok wan ialah: geng kamcing dan apa saja kalimah yang kamu pakai]

Pertemuan kami tidaklah sekerap mana memandangkan ada jarak beratus kilometer yang memisahkan kami.

Apabila saya dan unnie tercinta dipisahkan dek jarak Mesir-Malaysia, maka tak do apo den boleh buat. Menangis pun nangis la. I took one day to energize myself, pulihkan semangat. Luckily, unnie lagi sorang yang duduk beratus kilometer call dari jauh, bertanya khabar cuba mengisi kekosongan yang tercipta dek jarak Malaysia-Mesir itu...

(Nak menangis kejap boleh?)

Inilah kali pertama saya merasai ikatan yang lebih kurang sama macam kekeluargaan. Kami diikat oleh aqidah, bukan usrah. Sebab usrah boleh bercerai berai. Aqidah tak boleh, kalau tak neraka jawabnya. Dan seharusnya ikatan kekeluargaan (antara saya dan keluarga saya dan antara kamu dan keluarga kamu juga) berhasil dari aqidah yang sebenar.

Dan Meto si kucing hidung hitam dan berbulu askar juga ada menemani walaupun kerjanya hanyalah makan, tidur dan mengacau saya solat saje. Terima kasih ahjussi tolong jaga Leftenan Meto.

Peringatan: apa sahaja yang kita miliki ialah milik Allah. Satu hari nanti semuanya boleh ditarik. Oleh itu jangan terlalu gembira dengan nikmat itu, dan janganlah terlalu sedih atas kehilangan sesuatu sebab semuanya milik Allah.

Tuesday, March 19, 2013

(Spill Out The Feeling) When Love Has Nowhere to Go

Assalamualaikum.

She once said that I am full of love. Expressionless upon emotion-loaded-story.

I am all that.

Cooks. Bihun, fried rice and jemput-jemput. I did all and fed her really well.

Allah writes a better story for us, He made her returning back to Malaysia for a while.

Was praying so that she wouldn't have to. But in here, I am not director.

I feel like lost. Because this love has nowhere to go.

She'll come back insyaAllah.

Though that I am doing good but the emptiness is all here in my heart. Ecece jiwang.

Exam is around the corner. (di sekitar penjuru, bak kata abang saya)

But without her here for the first day, I don't feel like doing anything except termangu di hadapan laptop.

No energy.

this is me. even handsome Lee Seung Gi can't take my attention of my beloved sister off. ha ha ha.

Tuesday, March 12, 2013

Pesanan Berantai yang Tidak Ditakuti

Assalamualaikum.

My friend once told me (when we were Fivers in MRSM) " Satu berita sensasi bila dah bagitahu orang, maka berita tu dah tak selamat lagi."

Oh... why??

It really happens.

"Aku bagitahu kau sorang je ni. Tapi kau jangan bagitahu orang lain. Sebenarnya aku........." The sentence goes like this.

Lepas tu...

"Aku bagitahu kau sorang je ni. Tapi kau jangan bagitahu orang lain. Sebenarnya si X tu........" It goes like this 1440034582 times. (just to show the spread of the news)

Peculiarly, ayat "Kau jangan bagitahu orang lain." tu termasuk dalam pakej mesej rahsia tu sekali.

Then, I do not bother telling anyone about anything that I do not want other people to know. But really, some people need people to share, to make the burden lighter and lessen... kat situ pentingnya sahabat yang betul-betul setia.

credits: KHK (fb)

Macam mana nak jadi spy kalau tak boleh simpan rahsia?

Then why bother being a spy?

Hey. Doktor pun kena simpan banyak rahsia jugak tahuuuu....